Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 29, 2013

HARI BELIA SEDUNIA (WYD) PERINGKAT PAROKI ST. MARTIN TELUPID 2013

By: Evangelita Lawrence, Mizy Mizearly Malek,  Javy James
TELUPID - “Pergilah dan jadikanlah semua bangsa murid-Ku!” (Mat: 28:19) merupakan tema bagi Hari Belia Sedunia (WYD).  Kemuncaknya akan berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil pada 23 – 28 Julai 2013. Namun, Hari Belia Sedunia tetap dirayakan pada minggu palma oleh belia di seluruh paroki. Mengikut tradisi, mesej Bapa Suci akan dibaca di hadapan belia kemudian dibengkelkan lalu dibentangkan seterusnya menggariskan tindakan penting sebagai resolusi untuk dilaksanakan.
Bapa Suci Benedict XVI dalam mesejnya kepada belia sejagat sempena Hari Belia Sedunia ke-28 mengajak belia menjejak teladan Kristus agar dengan tangan terbuka, tanda kesediaan untuk memeluk semua orang yang datang kepadanya, dan hatinya mewakili cinta yang sejati untuk semua orang.  
   
"Pergilah dan jadikanlah semua bangsa murid-Ku" ~ adalah amanat agung  Kristus kepada Gereja. Amanat ini harus bergema kuat di dalam hati belia. WYD tahun ini berlangsung bertepatan dengan Tahun Iman di mana belia harus berpegang kepada "Penginjilannya Baru untuk Penyebaran Iman Kristus". Untuk membuat Kristus dikenali adalah sumbangan yang paling berharga yang boleh kita berikan kepada orang lain.
Pendaftaran ~ menyahut kepada panggilan
Sesi input (1) Sdra Albert Matusin (2) Bro Stanley dan (3) Sdra Hildy
Sesi Doa Taize
Salam damai antara peserta
Sesi Heart and Mind
World Youth Day ini telah dirayakan di Paroki St. Martin Telupid di mana seramai 100 para belia dari setiap pelusuk zon datang untuk menjayakan program ini. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 22 Mac dan dirayakan pada Ahad, 24 Mac 2013.
Doa Penutup
Di dalam program ini, peserta diberi ceramah termasuk pesanan Bapa Suci Benedict XVI kepada para belia seluruh dunia. Ceramah pertama bertajuk “Pesanan Bapa Suci” telah dikendalikan oleh Sdra Albert Matusin sementara sesi kedua dibentangkan oleh Brother Stanley yang meliputi dua bahagian; “Bagaimanakah saya yakin pada iman saya?” disusuli “Siapa itu Gereja?”. Ramai yang tersentuh terutamanya dalam slot tayangan video. Ceramah ketiga telah disampaikan oleh Koordinator KBP Telupid, Sdra Hildy Albert bertajuk “Cabaran dan tentangan belia serta Gereja pada masa kini”.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent