Lahad Datu: Seramai 24 ahli Komiti Liturgi terdiri dari pelayan komuni, pelayan altar, pembimbing Liturgi Sabda Kanak-kanak, ahli koir juga lektor telah menghadiri satu rekoleksi pada Sabtu, 16hb Mac 2013 dari 2.00 petang hingga 5.00 petang di bilik Majlis Pastoral Paroki, Gereja St Dominic.
Rekoleksi selama tiga jam ini dikendalikan sepenuhnya oleh Seminarian Marthin Steven dan perkongsian tentang peranan pelayanan oleh sdra Yakobus Palea.
Tujuan rekoleksi ini adalah untuk mengimbas kembali pelayanan masing-masing serta untuk memperbaharui komitmen dalam pelayanan.
Topik-topik yang disampaikan meliputi;
- Apakah tujuan diadakan rekoleksi
- Apakah itu Gereja
- Ekaristi punca hidup Kristiani
- Peranan pelayanan kita
Rekoleksi sangat penting dan perlu kerap diadakan. Selain bertujuan untuk mengimbas kembali keberkesanan pelayanan ianya juga membuka peluang mengolah program masa depan yang lebih baik.
Pelayanan Liturgi di Gereja sangat penting. Tujuan Liturgi adalah untuk memuliakan Allah. Di dalam liturgi, Gereja merayakan Misteri Paska Kristus iaitu sengsara, wafat, kebangkitan dan kenaikan Yesus ke surga - yang membawa kita kepada Keselamatan. Allah Bapa telah memenuhi janji dan mendedahkan rencana keselamatan-Nya.

Di dalam liturgi bererti 'keikutsertaan umat dalam karya keselamatan Allah.' Kristus melanjutkan karya keselamatan melalui Gereja-Nya. Hari ini, kita bersama-sama dalam doa Yesus kepada Allah Bapa oleh Roh Kudus. Kita menerima rahmat Allah. Melalui rekoleksi ramai peserta merasa diperbaharui.
No comments:
Post a Comment