Oleh: Angeline Said
Soccom Telupid
ST. JOSEPH KG. LUMOU TELUPID - Fr.Jasery G. Emanuel telah melancarkan dan menyempunakan acara ‘3 dalam1’ iaitu pelancaran Tahun iman, motto Diosis dan logo chapel St. Joseph dalam perayaan Misa Kudus yang di hadiri lebih kurang 250 umat pada 20 Januari 2013.
Sebelum misa dimulakan, Fr. Jasery terlebih dahulu menjelaskan tentang Misa yang diadakan khas untuk 3 pelancaran tersebut. Beliau turut memberitahu ketiga – tiga perkara ini sangat penting dan bersyukur chapel ini merupakan yang kedua mempunyai logo sendiri selepas chapel St. Fidelis Kiabau.
Menarik dalam homilinya, Fr. Jasery menyentuh tentang tahun iman. Katanya biarlah pelayanan itu dilakukan dengan iman seiring dalam kehidupan seharian. Tanpa iman, motto tidak terlaksana. Sangat baiklah tahun iman dilancarkan memandangkan umat di Chapel St.Joseph semakin aktif dan bekerjasama serta boleh membangun sebagai sebuah gereja seiring dengan bakat-bakat serta kebolehan yang ada pada umat/komuniti. Maka patutlah bersama menghayati dan melakukan seperti saranan motto diosis iaitu MELAYANI SESAMA DENGAN KASIH ALLAH yang sangat penting dalam pelayanan agar setiap umat menghidupi anugerah yang ada pada dirinya kepada saudara-saudarinya demi Kerajaan Allah.
Selepas homili, Fr. Jasery telah melancarkan 3 perkara ini diiringi oleh setiap perwakilan dalam Komiti Chapel seramai 25 orang yang berpakaian seragam berwarna putih yang melambangkan kesatuan dan kerjasama antara sesama. Bermula dari Tahun Iman, Motto Diosis dan akhir sekali logo chapel. Logo ini dicipta dan diilhamkan dari elemen penting dalam Katolik yang merupakan simbol doa dan harapan umat Katolik di Chapel St.Joseph Lumou.
Sebagai lagu pengutusan yang diambil dari tema Chapel St. Joseph Lumou, ia dinyanyikan buat pertama kalinya diadaptasi dari logo tersebut. Selesai misa, Fr. Jasery menyampaikan ucapan di antaranya beliau melihat keaktifan, kesungguhan dan kerjasama dari semua umat dan memaklumkan beliau akan sering datang melawat untuk mengadakan misa. Melalui amanatnya, beliau meminta agar menyediakan 2 orang pelayan komuni di kalangan umat Chapel St. Joseph Lumou memandangkan umat semakin ramai datang beribadat. Sehubungan dengan itu, Fr. Jasery berharap agar banner Tahun Iman dan motto diosis yang di lekat pada dinding bukan sekadar tatapan sahaja tapi ianya dapat membantu umat menghayati, mengakui dan menghidupi iman seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan peribadi.
Akhir sekali makan bersama diadakan sebagai tanda kesyukuran yang dihidangkan di ruang khas di luar Chapel dihadiri oleh kesemua 8 KKD di persekitaran Chapel. Banyak juadah yang tersedia dan menyelerakan dikongsi bersama oleh semua umat yand hadir.
Does your blog have a contact page? I'm having trouble locating it but, I'd like to send you an email.
ReplyDeleteI've got some ideas for your blog you might be interested in hearing. Either way, great site and I look forward to seeing it grow over time.
Look into my homepage Visit Link
Pretty! This was an incredibly wonderful article.
ReplyDeleteThanks for providing these details.
Take a look at my web blog; website
Aw, this was an incredibly good post. Taking the time and actual effort to make a very good
ReplyDeletearticle… but what can I say… I hesitate a lot and don't manage to get anything done.
my webpage ... visit link