Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 6, 2013

Pelayanan Pelajar Kampus Ke Kolej Jururawat Masyarakat

Esther Albert / Herry F Kamuntah


TAWAU : 25 Feb 2013 ~ Untuk julung kalinya, pertemuan wakil Pelayanan Pelajar Kampus (PPK) dengan pelajar Kristian Kolej Jururawat Masyarakat Tawau (KJMT) diadakan di Dewan Kuliah Nightingale KJMT. Seramai 25 pelajar Kristian dari kolej ini telah hadir untuk mengikuti program ini.
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkenalkan Pelayanan Pelajar Kampus yang baru diwujudkan di Diosis Sandakan serta untuk mempromosikan program Youth Prep Link kali ke-3 yang akan diadakan di St Mary Sandakan pada 11-17 Mac 2013 nanti. Hadir bersama dalam pertemuan ini ialah belia dari Kolej Komuniti Tawau,Tim Kerasulan Belia Holy Trinity Tawau serta seminarian Christopher Ireneus  yang sedang menjalani pendedahan pastoral di Paroki Holy Trinity.
Ini menandakan bermulanya Pelayanan Pelajar Kampus (PPK) di paroki Holy Trinity. PPK ini, akan berfungsi sebagai rakan untuk berjalan bersama dengan belia kampus yang terdapat di sekitar daerah Tawau. ‘Berjalan bersama’ membawa maksud, perjalanan bersama rakan seiman (KBK/KBP dan lain-lain pelayanan yang mengambil berat) yang boleh memberi bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar dari segi kepimpinan, sedia mendengar masalah dan cabaran pelayanan belia.   
Beberapa kampus yang telah dikenal pasti berada di sekitar Tawau dan mempunyai pelajar Kristian ialah KJMT, Kolej Komuniti Tawau, Maktab Perguruan Balung Tawau, Kolej Komuniti Semporna dan UITM Balung. Adalah diharapkan, interaksi dan perhubungan antara kampus ini akan membuahkan hasil yang membina dan memantapkan peribadi belia itu sendiri samada dari segi kepimpinan juga pendalaman iman mereka yang berada di tempat ‘away from home’. 
Untuk Kolej Jururawat Masyarakat Tawau, program pelajar Kristian sepanjang tahun termasuklah Alpha Youth Course, pertemuan bulanan dan pemberkatan sebelum peperiksaan serta Kem Rohani Tahunan. Lawatan bersifat santai dan bersahaja ini telah diterima baik dan mesra oleh belia Kristian dari KJMT. Pertemuan ini diakhiri dengan jamuan ringan.  

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent