Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 30, 2013

Hari Belia Sedunia ~ Paroki Holy Trinity Tawau

Oleh Roland Henry
TAWAU (24 Mac 2013) – Pada tahun 1984, Blessed John Paul II telah mengusul Hari Belia Sedunia untuk mengumpul dan melibatkan partisipasi diri secara aktif golongan belia Katolik di seluruh dunia di peringkat diosis pada Hari Minggu Palma setiap tahun dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk diri belia dari segi iman khususnya. Manakala sekali dalam setiap dua atau tiga tahun di peringkat antarabangsa. Tradisi sambutan ini berterusan setiap tahun sehingga kini Hari Belia Sedunia menyambutnya untuk kali ke-28.

Pertama kali Sangti Papa Francis menyambut Hari Belia Sedunia di Lapangan Sto. Petrus, Kota Vatikan bersama belia dan umat pengunjung yang lain sejak menjadi Sangti Papa yang baru. Beliau merasa sangat gembira melihat para belia yang berarak masuk ke Lapangan tersebut bersorak nama Yesus dengan tangisan kegembiraan sambil melambai-lambai menggunakan daun palma, menyambut Yesus dengan penuh iman dan kepercayaan terhadapNya sempena Hari Minggu Palma.

“Anda telah membawa kami merasai kegembiraan di dalam iman dan memberitahu kami agar menghidupi iman seperti kaum muda-mudi, sentiasa: seperti kaum muda-mudi, walaupun usia kita telah menjangkau 70-an atau 80-an.” Kata Sangti Papa Francis di dalam perkongsian isi ketiga homilinya yang ditujukan khas kepada belia.

Di Paroki Holy Trinity Tawau pula, Kerasulan Belia Paroki (KBP) menyambutnya di peringkat paroki dengan meriah sekali. Bermula dari Misa Kudus Hari Minggu Palma yang disempurnakan oleh Msgr. Nicholas Ong selaku Rektor Paroki, para belia mengendalikan tugas sepanjang Misa dijalankan.

Di penghujung Misa tersebut, Msgr. Nicholas mengucapkan selamat Hari Belia Sedunia kepada semua belia yang hadir dan berpesan agar memberitakan khabar gembira cintakasih Tuhan Yesus adalah yang terpenting di dalam pendekatan baharu penginjilan masakini.

Sejurus selepas Misa Kudus dijalankan di gereja, para belia dijemput ke Dewan Paroki untuk meneruskan aktiviti. Seramai 136 orang belia berdaftar yang terdiri daripada belia Komuniti Eklisial Dasar (KED)- Kampung Jawa, Sri Menanti, Hilltop, Hotspring, Ambar, Virgo Maria dan Jalan Melati, belia stasi luar-Sto. Stephen,Kampung Tass dan Sto. Jude, Jalan Sin Onn, kumpulan pelajar menengah-Catholic Student Association (CSA) dan Institut Pendidikan Tinggi Awam/Swasta-Kolej Kejururawatan Masyarakat Tawau (KJMT), UiTM-Kampus Tawau, Kolej Komuniti-Kampus Tawau dan Institut Pendidikan Guru-Kampus Tawau, komuniti belia-Komuniti Pembaharuan Karismatik-Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Komuniti Tinimungan Umat KadazanDusun (TUKAD), Komuniti Keluarga Pastoral Indonesia (KPI), Komuniti Cina dan Komuniti Filipino serta kumpulan kecil pelayanan belia-Pelayan Altar dan Kumpulan Koir-Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Turut hadir memeriahkan lagi sambutan Hari Belia Sedunia adalah Sr. Liza  FSIC dan Sr. Rusiah FSIC dari kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception dan seminarian Christopher Ireneus dari Kolej Sto. Petrus, Kuching yang sedang menjalani imersiasi pastoral di paroki ini serta kehadiran Msgr. Nicholas Ong (Rektor Paroki) dan Sdra. Mario Domingo (Pengerusi MPP). 

Sambutan perayaan ini menjadi lebih bermakna apabila tema Hari Belia Sedunia 2013 iaitu “..pergilah, jadikanlah semua bangsa muridKu” (Mat 28:19) dikupas dengan menariknya oleh Seminarian Christoper berdasarkan isi-isi yang terkandung di dalam Mesej Sangti Papa Benedict XVI untuk Hari Belia Sedunia tahun ini dan juga untuk persiapan belia yang akan merayakan kemuncaknya Hari Belia Sedunia di Rio De Janeiro, Brazil pada 23-28 Julai 2013.
Dalam mesej Sangti Papa, beliau meletakkan penekanan yang berat pada Tahun Iman dan panggilan kepada penginjilan baharu kepada semua belia dan menggesa mereka untuk mendalami kehidupan dalaman mereka sendiri, supaya mereka akan mempunyai sumber rohani untuk berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Menjadi murid Yesus juga hendaklah menjaga segala ciptaannya dengan baik, termasuklah peningkatan kesedaran dalam pemuliharaan alamsekitar. Para belia juga harus teguh dalam iman.
“Semakin kita mengenali Kristus, semakin kita mahu membicarakan tentang dia. Semakin sering kita bercakap dengan Kristus, semakin kita mahu bercakap tentang dia. Semakin kita memenangi alih oleh Kristus, semakin kita mahu membawa orang lain kepadaNya.” jelas seminarian Christopher.












Selain daripada itu, para belia berpeluang mengikuti aktiviti Multiple Intelligence untuk menyedari kelebihan dan mengetahui bakat ataupun kebolehan diri yang ada pada diri mereka masing-masing dan menjadikannya sebagai medium untuk merasul di zaman globalisasi ini.

Selain berkumpul dan berkenalan dengan belia separoki yang lain, para belia juga dapat mempelajari pelbagai action songs dan lagu-lagu pujian melalui gandingan pemain musik Komuniti Pembaharuan Karismatik (Bahasa Melayu) dan barisan penyanyi yang sungguh bertenaga. 


Sambutan Hari Belia Sedunia berakhir pada jam 4:30 petang dengan aktiviti bergambar bersama di luar perkarangan Dewan Paroki dan minum petang bersama di kantin Gereja Holy Trinity Tawau.


Perkongsian perasaan dan harapan sempena Hari Belia Sedunia 2013:-





“AwesomeExcited! Input Multiple Intelligence yang dikongsikan boleh diaplikasikan dalam realiti kehidupan sebenar sambil melayani di dalam dan luar gereja”

Fettwinda Sipaan, 22 tahun
Kumpulan Pelajar Katolik-St. Paul, Balung.












“Perasaan saya sungguh luarbiasa, penuh sukacita dan diperkuatkan lagi dalam Iman. Harapan saya dan kepada semua belia supaya menyahut cabaran mengikut tema Hari Belia Sedunia 2013”


Elvy Jeolley Bernard, 26 tahun
Komuniti Pembaharuan Karismatik-Bahasa Melayu










“Saya sangat gembira dapat mengikuti Hari Belia Sedunia ini dan bersyukur. Selain dapat mengenali kawan baru, saya mengetahui apakah bakat terpendam saya yang Tuhan telah hadiahkan kepada saya dalam aktiviti Multiple Intelligence yang boleh saya guna untuk kemuliaan Allah dan harapan saya agar sambutan Hari Belia Sedunia ini terus dirayakan agar belia-belia kita dapat grow in faith sekaligus dapat menyumbangkan bakat masing-masing untuk memuliakan Tuhan. Amen.”


Cyril Robert, 21 tahun
Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity Tawau








“World Youth Day is rock! The Multiple Intelligence was awesome and it helped me to discover my talent. I feel so excited about joining this program and I hope more and more youth will participate in this kind of program in the future. We sing, we dance and I tell you, the joy is contagious!”

Steffi Jenali, 21 tahun
Kolej Jururawat Masyarakat Tawau (KJMT)

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent