Lahad Datu : Pada Ahad, 17hb
Mac 2013, Komiti Keluarga Kristian Paroki St. Dominic, Lahad Datu telah
mengadakan rekoleksi yang dihadiri oleh 13 orang ahli KKK dan penceramah kursus pra-perkahwinan. Rekoleksi ini berlangsung
selama 3 jam dari 2.00 ptg sehingga 5.00 ptg bertujuan membuat persiapan untuk mini perhimpunan Komisi Keluarga Kristian
peringkat Diosis pada 27hb April, di Pusat Pastoral Diosis Sandakan. Fasilitator utama adalah Seminarian Marthin dibantu oleh sdra. Pak Yakobus dan sdra. Teodulfo @
BingBing.
Dalam sesi pertama, Bro. Marthin telah menjemput para peserta
untuk mengimbas kembali aktiviti-aktiviti yang terlaksana oleh Komiti Keluarga Kristian buat sepanjang tahun. Beliau juga menyedarkan para hadirin tentang peranan komiti ini
dalam pembangunan iman keluarga di paroki serta mengongsikan tentang
misi keluarga dan gereja pada zaman sekarang berlandaskan kepada
Katekismus Gereja Katolik (KGK).
Sesi ketiga
pula adalah tentang ‘peranan ibu/bapa dalam keluarga – Tahun Iman.' Sdra Teodulfo sebagai penceramah sesi ini memulakan dengan mengongsikan di mana Tuhan
telah mencipta dua pelayanan utama iaitu Keluarga dan Menyembah Tuhan. Beliau
juga memberi input tentang peranan Ibubapa dan tanggungjawab Ibubapa.
Kebanyakan
sesi telah disampaikan melalui persembahan power-point. Rekoleksi
ini diakhiri dengan fellowship hidangan ringan. Secara
keseluruhan para peserta berpendapat bahawa rekoleksi seperti ini harus diadakan
sekerap yang boleh kerana ia begitu berguna dan membantu terutama sekali bagi
mereka yang menjadi penceramah dalam kursus pra-perkahwinan.
No comments:
Post a Comment