Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 26, 2013

Rekoleksi Komiti Keluarga Kristian di St Martin Telupid


Oleh : SOCCOM SMT
Telupid : Seramai 33 peserta telah menyertai rekoleksi Komiti Keluarga Kristian (KKK) Paroki Telupid yang diadakan pada Sabtu 23hb Mac. Rekoleksi yang berjalan selama 5 jam itu dihadiri oleh ahli KKK, ahli Majlis Pastoral Paroki serta umat awam yang menyedari betapa pentingnya peranan keluarga dalam misi gereja masa kini sesuai dengan objektifnya – ‘mengenalpasti isu-isu terkini yang melanda keluarga masa kini dan cadangan-cadangan dalam menanganinya’.

Selepas pentakhtaan Alkitab, sesi dimulakan dengan suai-kenal peserta disusuli dengan ceramah bertajuk ‘Keluarga Sebagai Gereja’ yang disampaikan oleh Fr. Jasery G. Emmanuel, selaku Paderi Paroki. Walaupun cuaca amat  panas ketika itu, peserta tidak sedikit pun merasa letih mahupun mengantuk disebabkan setiap topik yang dipersembahkan dikaitkan dengan kehidupan keluarga masa kini. Fr. Jasery turut menyentuh fungsi sesebuah keluarga Katolik yang beliau sifatkan semakin tenggelam oleh kesibukan  mengejar kekayaan dan kejayaan benda-benda bersifat material sehingga keluarga terabai dan ada yang sukar diselamatkan kerana kerohanian semakin luntur.

Perbincangan kumpulan tentang ‘Masalah utama melanda keluarga masa kini dan cadangan dalam menanganinya’ telah diselaraskan oleh Seminarian Stanley. Rumusan dari bengkel akan dibentangkan pada Perhimpunan KKK Peringkat Keuskupan pada 27hb April. Bengkel ini berjaya mengupas segala permasalahan dalam institusi keluarga termasuk cadangan yang perlu dilakukan untuk meneguhkan institusi ini selaras dengan kehendak gereja tempatan.
Pn Helena menyampaikan cendera hati kepada Fr Jasery
Pada kesimpulannya, Fr. Jasery menekankan bahawa dengan kemajuan dunia yang dihadapi oleh manusia sejagat, keluarga Katolik amnya menerima kesan yang dipengaruhi oleh empat aspek iaitu kerohanian, komunikasi, budaya dan sosial.
Pasukan SOCCOM bantu dalam persembahan power-point
‘Keempat-empat aspek ini jika tidak ditangani dengan cara yang betul akan menyebabkan keluarga Katolik menghadapi masalah kerana kejutan budaya luar yang mempengaruhi kita secara negatif’, tegasnya. Penyelaras KKK SMT, Puan Helena Salati berpuas hati dengan penyertaan peserta kerana memperlihatkan minat dalam setiap sesi. 

1 comment:

  1. Greetings! Very helpful advice within this post!
    It's the little changes which will make the most important changes. Many thanks for sharing!

    Review my web page: app development Gauteng

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent