Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 28, 2013

Hari Belia Sedunia 2013 Lahad Datu

Shirley Yong, SOCCOM Lahad Datu

"... pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus" (Mt 28: 19) demikianlah bunyi tema hari Belia Sedunia kali yang ke-28. Belia di seluruh dunia tahun ini, berhimpun di St. Peter Square untuk mendengar amanat yang disampaikan oleh Bapa Suci Francis. (Video Klik Homili Klik)


Bapa Suci Francis mencabar belia supaya tidak malu mengakui Salib Yesus kerana Allah sudah menakluk kejahatan. Belia juga dicabar membawa salib kemenangan itu kepada semua bangsa di seluruh dunia. Membawa salib memenuhi panggilan Yesus merupakan tema Hari Belia Sedunia tahun ini. Salib Yesus merobohkan tembok permusuhan yang memisahkan orang dan bangsa-bangsa, dan pesan salib membawa rekonsiliasi dan perdamaian. 
Hari Belia Sedunia telah dirayakan oleh belia Lahad Datu pada Ahad 24hb Mac  2013 dari 1.00 hingga 5.00 petang. Seramai 80 orang muda telah hadir mengikuti berbagai aktiviti terutamanya merenung pesan Bapa Suci dan jalan Salib Yesus. Ramai belia tersentuh dan ingin memperdalami lagi pemahaman mereka tentang perjalanan kesengsaraan Yesus dengan melalui 14 perhentian Jalan Salib Jesus. 


Tim Pelayanan Belia paroki St Dominic Lahad Datu telah mengadakan aktiviti tersebut di sekitar perkarangan kawasan Gereja St Dominic, Lahad Datu. Beberapa ahli Majlis Pastoral Paroki turut serta memberi sokongan dan dorongan kepada belia.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent