Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 22, 2013

What the Sandakan Diocesan Youth say about our new Pope....

Airene A. Gumanas
St. Mary's Cathedral, Sandakan
Semasa ketiadaan Pope, dunia Gereja Katolik terasa seperti tidak berbapa. Puji dan syukur Tuhan, atas gerakan Roh Kudus, Pope Francis telah dipilih menjadi Pope yang ke-266. Tidak banyak yang saya ketahui tentang Pope Francis kerana beliau tidak termasuk dalam ‘favourite list’ saya semasa pemilihan Pope hari itu. Melihat komen-komen bagaimana media massa memberitahu dunia tentang dirinya, ia membuatkan saya tertarik dengan kehidupannya yang sederhana dan pandai juga berjenaka. Sehingga hari ini, apa yang saya boleh simpulkan di sini mengenai Pope Francis ialah segala yang dilakukan oleh Pope Francis seperti yang pernah dikatakan oleh Yesus “I come to serve, not to be served.”
Sharon Tan St. Mary's Cathedral, Sandakan
One of the things that the young people should learn is the strong sense of  humility, simplicity and moderation and how to bring the message alive in our daily living. Pope Francis has shown the way by his act of simplicity by choosing to walk instead of taking the limousine and greeting everyone leaving the Church after his first Sunday Mass. Let us emulate his way of life.
Bless him always, guide and protect him as he leads the expansion of the Lord's Kingdom here on earth. Thank you Lord for your special gift of Pope Francis!
Bertram Lansing
St Martin's Church, Telupid
Shallom! Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah di atas perlantikan Pope Francis pada 12hb Mac yang lalu. Puji dan syukur kepada Tuhan kerana proses pemilihan Pope baru-baru ini telah berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang baik. Saya yakin dan percaya bahawa semuanya ini adalah campur tangan Roh Kudus. Harapan saya sebagai pemimpin belia kepada Bapa Suci agar kepimpinannya dapat membawa keamanan dan perdamaian di seluruh dunia dan juga dapat membina dan menyatukan umat Kristian iaitu satu di dalam ajaran Gereja Yesus. Puji Tuhan!

Felsa May
Holy Trinity Church, Tawau
Thank God for our new chosen Pope, Pope Francis. I am so happy and excited to get to know him. I believe he can lead  us to a new way of evangelization and I hope that I may discover more ways to be inspired by his leadership and guidance. God bless you Holy Papa!
Esther Albert
Holy Trinity Church, Tawau
Saya berharap semua aspek dalam memperkasa dan membangun belia Katolik sejagat dapat diteruskan seperti yang terlaksana oleh Pope sebelumnya agar iman orang muda Katolik mampu diperkukuhkan dan dimantapkan. Semoga Pope Francis akan terus menjadi sumber inspirasi kepada pemimpin muda seperti saya.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent