Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Saturday, June 28, 2014

Pertemuan Belia Paroki yang ke-5 (Parish Youth Gathering)


Artikel dan Gambar: SOCCOM Lahad Datu

St.Dominic Lahad Datu - Pada 22 June 2014 yang lalu Tim KBP Lahad Datu telah mengadakan Pertemuan Belia Paroki yang ke-5 (PYG-5) dan telah memilih tema “Karunia Roh Kudus”. Sememangnya tema yang sangat mengujakan ini telah menjadi topik yang dapat membuka minda para belia di Paroki St. Dominic agar dapat menguatkan lagi semangat kerohanian dalam diri mereka.
Program seperti biasa akan dimulakan dengan ‘Ice-breaking’ yang telah dikendalikan oleh saudari Mazdollyna dan doa pembukaan yang dibimbing oleh saudari Mariewill.


Kali ini, Tim KBP telah menjemput Sr Evelyn Tivit untuk mengongsikan pemahaman beliau berkaitan Karunia Roh Kudus selaras dengan tema PYG-5 kali ini. Sr. Evelyn mengongsikan tentang doktrin iman Kristiani di mana kita mempunyai satu Allah Triniti hadir dalam 3 peribadi iaitu Bapa dan Putra dan Roh Kudus, di mana ketiga-tiganya adalah sama kepentingannya, kedudukan, kuasa dan kemuliaaNya. 

Semua belia yang hadir juga berpeluang mengetahui tentang 7 Karunia Roh Kudus iaitu:



1. Takut akan Tuhan (Fear of the Lord)

2. Keperkasaan (Fortitude)

3. Kesalehan (Piety)

4. Nasihat (Counsel)

5. Pengenalan (Knowledge)

6. Pengertian (Understanding) dan

7. Kebijaksanaan (Wisdom)

 


Karunia tersebut diberikan kepada mereka yang telah dibaptis dan yang memiliki iman, harapan dan kasih. Seperti yang telah dijanjikan oleh Kristus, Ia akan mengutus Roh Kudus untuk menyertai umat beriman (Yoh 14:16).  

12 buah - buah Roh Kudus yang menyertai seorang Kristian iaitu:


1. Kasih

2. Sukacita

3. Damai sejahtera

4. Kesabaran

5. Kebaikan hati

6. Kebajikan

7. Kemurahan hati

8. Kelemah lembutan

9. Kesetiaan

10. Kesederhanaan

11. Penguasaan diri dan

12. Kemurnian  



Selesai sahaja perkongsian yang diberikan oleh Sr Evelyn ini, program seterusnya adalah Doa Taize. Dalam Doa Taize. melahirkan bentuk musik ibadah yang unik dengan mencerminkan sifat meditatif. Musik Taizé juga turut menekankan ungkapan-ungkapan sederhana, biasanya petikan pendek dari Mazmur atau dari Kitab Suci yang diulang-ulang dan kadang juga dinyanyikan. Muzik telah sebati di dalam peribadi umat Kristian kerana melalui lagu, kita memperoleh suasana hening dan dapat berdoa. Dalam Doa Taize. ini, doa telah dibimbing oleh Sr Evelyn sendiri, pembacaan oleh saudari Mariewill, dan doa permohonan oleh saudari Elaine. Nyanyian lagu-lagu sepanjang Doa Taize.ini oleh Tim KBP yang diikuti oleh semua yang hadir dan muzik oleh Saudara Alfian.





Diakhir Doa Taize. tersebut semua yang hadir dijemput untuk tampil kehadapan untuk berdoa bagi memohon Roh Kudus untuk melihat di dalam diri masing-masing seterusnya memilih salah satu Karuni Roh Kudus yang memiliki satu buah Roh Kudus tertentu. 

Karunia dan buah dalam bentuk penanda buku ini telah diberkati  oleh Rev Fr Marcellinus yang juga bertujuan agar belia yang hadir untuk membuat refleksi diri melalui doa masing-masing. Selain berdoa untuk karunia dan buah Roh kudus, ia turut bertujuan agar dapat mengembangkan karunia dan buah yang telah diterima serta berkongsi karunia dan buah kepada para belia yang lain. Sehubungan dengan itu, harapan belia juga agar dapat menjadi contoh karunia dan buah yang baik.


PYG-5 kali ini telah menambahkan lagi semangat para belia untuk terus berkembang dalam nama Yesus Kristus agar berani tampil dalam mewartakan iman yang telah diajarkan oleh Yesus sendiri. Semoga roh yang sama akan sentiasa bersama dengan semua belia untuk meneruskan misi Kristus dalam mendirikan kerajaanNya. Jumpa lagi di PYG 6.

Gereja St Dominic Merayakan Majlis Kesyukuran Buat Para Baptisan Baru

Artikel dan gambar  ~ SOCCOM Lahad Datu
Gereja St. Dominic, Lahad Datu – Kira-kira jam 7.00 malam, 21hb Jun 2014 yang lalu, satu Majlis Kesyukuran untuk para baptisan baru telah diadakan di dewan paroki. Majlis tersebut telah berjalan dengan baik dan dihadiri ramai umat termasuk para penanggung dan keluarga para baptisan baru yang juga turut membawa makanan kegemaran masing-masing.
Seramai  78 para baptisan baru (40 IKK dan 38 IKD) yang telah dibaptis pada Sabtu Suci (Malam Paskah) yang lalu, hadir pada malam tersebut sebagai tanda kesyukuran mereka. Majlis kali ini juga turut dihadiri oleh Father Marcelinus, Sr. Slyvia fsic dan Sr. Evelyn Tivit fsic serta beberapa orang wakil ahli MPP.  Kehadiran  mereka menjadikan majlis kesyukuran ini lebih bermakna bagi semua.
Selesai sahaja semua yang hadir menjamu selera, majlis diteruskan dengan persembahan pentas dalam bentuk tarian beriringan lagu. Persembahan tarian dari wakil IKD yang berdasarkan lagu “Who am I” dipersembahkan dengan penuh makna dan rasa syukur. Bagi memeriahkan lagi majlis kesyukuran pada malam tersebut wakil dari para baptisan baru IKK juga turut membuat persembahan dalam bentuk nyanyian.
Setelah suasana diceriakan dengan persembahan, semua para baptisan baru dijemput menerima sijil baptisan mereka yang disampaikan oleh Father Marcelinus sendiri.
Program diteruskan lagi dengan sesi Penyerahan Cahaya. Dalam sesi ini paderi, religious, wakil MPP dan wakil komiti kateketikal memperkongsikan cahaya lilin kepada semua para baptisan baru sebagai simbol, 'Kita adalah satu komuniti dalam Kristus' ~ sebab kita semua dibaptis menjadi satu tubuh. Majlis kesyukuran kali ini berakhir lebih kurang jam 10.00 malam.

Friday, June 27, 2014

Diocese of Sandakan Hosts The Regional Pontifical Mission Societies' Meeting

By DS
Seated L-R : Fr Jasery, Fr Sylvester Ding, Archbishop John Wong, Fr V A Michael and Ms Justina Sharon
Standing L-R : Fr Paul Mikin, Fr Joseph Sebastian, Fr Simon Poh, Fr Isidore, Fr Robert Leong, Fr Victor Louis
Sandakan : Eleven members of the Regional Pontifical Mission Societies (PMS) for Malaysia, Singapore and Brunei convened at the Sandakan Diocesan Pastoral Centre for a three-day annual meeting from 23rd - 25th June 2014.
The eleven members present were Archbishop John Wong of Kota Kinabalu, the Episcopal President for Mission, Fr V A Michael of Kuala Lumpur, the Regional Director, Ms Justina Sharon, the Secretary, Arch/Diocesan Directors: Fr Simon Poh of Kuching, Fr Victor Loius of Penang, Fr Isidore Gilbert of Kota Kinabalu, Fr Joseph Sebastian of Sibu, Fr Robert Leong of Brunei, Fr Paul Mikin of Keningau, Fr Jasery G Emmanuel of Sandakan and Fr Sylvester Ding of Miri.
On arrival, 23rd June, the eleven representatives were feted to a welcoming dinner hosted by St Mary's Cathedral Parish. Fr Thomas Makajil, the rector bade them a warm welcome and hoped that they would have a pleasant and memorable stay in Sandakan, the nature city while at the same time he wished them a fruitful meeting.
Fr V A Michael, rector of the Church of the Good Shepherd, Setapak, the Regional Director of PMS reciprocated by extending his sincere appreciation for the warm welcome accorded to the members. He took the opportunity to explain briefly about PMS, concerned with the missionary animation and cooperation of the mandate of Jesus; 'Go, make disciples of all nations, baptize them ......teach them all...' (Matthew 28 : 19-20)
The four societies of PMS, viz
  • The Society for the Propagation of Faith (SPF)
  • The Society of Holy Childhood (SHC)
  • The Society of St Peter the Apostle (SPA)
  • The Society for Missionary Union (SMU)
In the course of the meeting, members reflected on the Holy Father's message of World Mission Sunday. The Church is missionary by her very nature; she was born to go forth. We are to emulate the disciples, having received the call to follow Jesus and to be sent by Him to preach the Gospel and so they  were filled with joy. (Mk 3 : 14)  Hence, let us move forth to proclaim the 'Joy of the Gospel' and with Christ, joy is constantly born anew (Evangelii Gaudiun #1)
Fr Simon Poh of Kuching facilitated a session on 'Mission in a Parish Community.' He stressed on 'Re-Evangelization' or 'New Evangelization by Pope John Paul II. He touched on the encyclical 'Redemptoris Missio', dwelling briefly on missio ad gentes, pastoral care, new / re-evangelization and ecumenical dialogue. He also expounded on Pope Francis exhortation of 'Evangelii Gaudium' which urges the faithful to go forth and bring Christ's love to others for mission is central to the life of every local church, to every believer.


A prayer booklet for childhood will be printed which shall be used during the month of October. The booklet encourages children to pray and prompts saving, out from their pocket money. The money contributed for Holy Childhood will be used to help poorer children in other parts of the world.



Fr V A Michael in wrapping up the meeting said, 'It's part of our mission to have the meeting here in Sandakan. It is a privilege to learn more about Sandakan, the Parish and its mission stations.'

Panggilan Saya - Perkongsian Sr Appollonia Gumpu FSIC (Bahagian 3)


Semasa saya berada dalam persimpangan jalan, ketika saya dalam delima memikirkan apa yang terbaik, di situlah juga Tuhan menghibur saya dengan kata-kata, “Jangan takut, ketahuilah, Aku akan menyertai engkau sentiasa sampai ke akhir zaman” Mat 28:28.
Setelah melalui banyak kursus, seminar pembentukan iman serta bimbingan daripada para paderi dan para sister Franciscan, maka sedikit demi sedikit telah meyakinkan saya untuk terus melangkah ke hadapan. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana ibu saya sebenarnya lebih memahami tentang panggilan membiara. Dia berkata kepada saya bahwa dia pernah berdoa memohon pada Tuhan agar memanggil salah seorang anak perempuannya untuk menjadi sister.
Walaupun pada mulanya bapa saya engan untuk melepaskan saya, namun dengan doa dan sokongan ibu saya, dan dengan bantuan Roh Kudus, Bonda Maria berserta dengan bimbingan para sister dan paderi paroki, saya dengan penuh kebebasan mengambil keputusan untuk melangkah ke rumah pembentukan tahap pertama (postulancy) pada 6hb Januari 1987.
Pada hari ini, apabila saya merenungkan dan mengimbas kembali perjalanan hidup saya selama 25 tahun, saya dapati bahawa perjalanan ini dipenuhi dengan warna-warni kehidupan. Namun Allah Tritunggal  Kudus sumber Panggilan Suci ini tetap setia menemani di setiap sudut kehidupan saya.
Saya bersyukur di atas semua peluang untuk melayani sesama di dalam berbagai jenis pelayanan samada dalam kongregasi FSIC mahupun pelayanan saya di dalam Gereja tempatan. Semua peluang serta pengalaman yang telah saya lalui merupakan satu kebahagian mulia dan indah. (sense of fulfillment).
Today as I celebrate my THANKSGIVING to God the Almighty, I would like to lift up each one of you to God of infinite love: all my fellow Franciscan Sisters, my family especially my beloved mother as well as my late father, relatives, Bishop, priests, religious, friends and all those who have journeyed, prayed and supported me in one way or another throughout these years. May our good Lord bless and reward all of you and may He strengthen us with His love and mercy.
Akhir kata, saya  ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap syukur kepada Tuhan atas berkat panggilan religious buat saya. Ribuan Terima kasih saya ucapkan  kepada Mother General kami, Sr. Grace Deosing fsic dan  kepada semua sister yang telah bertanggungjawab dalam pembentukan rohani iman saya.  


Dari kiri : Sr Veronica Kandaung fsic, Sr Appollonia Gumpu fsic dan Sr Lilian Unsoh fsic

Terima kasih juga kepada komuniti saya (Sr. Veronica Kandaung fsic dan Sr. Lilian Unsoh fsic) atas sokongan serta kerjasama mereka untuk menjayakan perayaan Jubili Perak ini. Saya dengan penuh kerendahan hati memohon agar kalian terus mendoakan saya agar saya tetap setia dengan panggilan ini. Semoga dengan perayaan kesyukuran ini dapat meningkatkan lagi semangat saya untuk terus melayani dengan lebih efektif dan komited.

Sr Appollonia adalah local animator, St Mary's Convent Sandakan dan merupakan ahli majlis Kongregasi FSIC. Semoga Sr Appollonia senantiasa menjadi pembawa terang dan bahagia kepada setiap insan yang ditemui, seperti lilin yang menyala, membakar dengan kasih Kristus. Abdikanlah diri engkau untuk Dia, dan sebarkan Injil kasih Kristus di mana saja engkau berada.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Kongregasi FSIC sila lawat; http://www.fsicmalaysia.com/

Thursday, June 26, 2014

HTC PROMOTES THE WONDERS OF FAMILY TO EVERYONE

By Julita Kantod, SOCCOM Tawau
Tawau : A faith-grounded family is one that sustains all its members, embracing everyone in their sight. They support and nourish each other to build a stable and united family, always pleasing to God.

Towards this concept of developing interaction and relationship, the Holy Trinity Family Life Ministry organized another activity to promote the importance and wonders of having time together with other families. In conjunction with the celebration of the Most Holy Trinity Feast Day, a series of talks on family were conducted in May and early June to raise awareness on the values of family life.
The half-day Parish Family Day activity was held Sunday, 22 June 2014 at the Holy Trinity Parish Basement.  Approximately 400 parishioners of various age groups participated in the event.
The occasion began with food sales as early as 7.30 am to cater to the Chinese parishioners, attending the Chinese mass. It continued till late afternoon for the convenience of parishioners attending the Bahasa Malaysia Mass. Food stalls were operated by the Catholic Women's Apostolate, Parish Youth Apostolate, the KadazanDusun, Chinese, Filipino and Indonesian Pastoral Communities.
The fun-filled telematch, brought out the joy in each participant and spectator alike. It was a wonderful scene to witness as there was no barrier at all that divides. All were in one spirit without counting age, group, color or race. The understanding and respect built from this activity carry with it a clear message that it is the whole community that makes up the church.
This annual event has helped families to understand the importance of getting involved in church activities. The getting together of families built up the the Body of Christ. It makes us aware that there is no place for individualism in the church. It is the communion of communities that will move the church forth. Each year we see new faces taking part in the event. We believe that through the grace of God, the spirit of tolerance, understanding and acceptance will prevail, strengthening the relationship bond.


Children enjoyed most when it comes to games. They grinned with laughter. They got to know new friends from other communities. They mingled well and blended warmly into the company of one another. The activity came to a close at 3.30 pm with a Closing Prayer led by Sr. Liza fsic.

Panggilan Saya - Perkongsian Sr Appollonia Gumpu fsic (Bahagian 2)


Dari kiri : Sr Cecilia Wong fsic, Sr Appollonia Gumpu fsic dan Sr Dorothy Aron fsic
Peluang menghuni di asrama kerajaan semasa menuntut dalam tingkatan 4 dan 5 telah membawa banyak pengalaman manis dan pahit, suka dan duka. Pengalaman yang saya lalui telah membentuk saya menjadi lebih matang bukan sahaja dari segi intelek, sosial, fizikal, emosi tetapi juga membantu saya bertumbuh dalam aspek kerohanian.

Dalam pada itu, hasrat dan keinginan untuk melayani timbul semula apabila saya mengetahui ramai penghuni asrama dari luar bandar yang beragama Katolik telah meninggalkan agama asal mereka dan memeluk agama lain. Sememangnya saya merasa amat sedih dan kesal kerana banyak kejadian seperti itu berlaku tanpa pengetahuan ibubapa mereka.
Ya, perkara-perkara sedih seperti inilah yang telah membuatkan saya lebih banyak berfikir dan merenung. Saya sebagai seorang yang telah dibaptis dan dikuatkan melalui Sakramen Penguatan mula bertanya pada diri saya sendiri; Apa yang harus saya lakukan??? Haruskah saya menutup mata, berdiam diri dan membiarkan perkara-perkara seperti itu berlaku berterusan?
Dari kiri : Sr Appollonia Gumpu, Sr Dorothy Aron dan Sr Cecilia Wong
Secara diam-diam saya berdoa seakan-akan doa yang diucapkan oleh Santo Fransiskus dari Assisi ketika dia  berada dalam dilema; “Lord, what do You want me to do?”

Lawatan paderi paroki ke kampung kami pada suatu ketika tahun itu merupakan masa yang sangat bermakna bagi saya kerana pada saat itu saya secara berkesempatan menceritakan tentang perkara-perkara yang sebenarnya berlaku di asrama. Ya, saya sungguh bersyukur atas segala nasihat dan dorongan yang diberikannya pada saya. May he (Fr.Amandus) rest in peace.

Selepas tamat persekolahan, saya mula bergiat aktif dalam aktiviti belia di kampung kami. Saya juga berpeluang  untuk memimpin Ibadat Sabda pada hari Minggu ketika katekis baru yang dilantik berkursus di PUSKAT Keningau. 
Sr Appollonia bersama ibunya, Cathrina Koro Linggu
Pengalaman bekerja selama 5 tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak bukan hanya membantu saya  merenungkan tentang kerjaya saya tetapi juga telah mencabar saya untuk mengamati panggilan membiara.
Setelah mengikuti seminar panggilan buat beberapa kali, akhirnya dengan bantuan Roh Kudus dan dengan sokongan keluarga, saya telah memberanikan diri memohon untuk memasuki pembentukan aspirant.
Sungguhpun saya telah diterima secara rasmi sebagai aspirant dan sememangnya keinginan untuk melayani Tuhan sepenuh masa namun dalam masa yang sama saya juga memikirkan panggilan berkeluarga. 
Dalam masa  saya memikirkan hal-hal ingin berkeluarga, di situlah juga Tuhan berbicara dengan saya melalui firmanNya, dengan mengatakan “Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau  dan  sebelum engkau keluar dari kandungan, Aku telah menguduskan engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa” Yer 1:5. Ya, Tuhan menegur saya dengan Firmannya bahawa Dia yang Maha Kuasa telah pun menentukan masa depan saya.
bersambung.........

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent