Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 28, 2014

Pertemuan Belia Paroki yang ke-5 (Parish Youth Gathering)


Artikel dan Gambar: SOCCOM Lahad Datu

St.Dominic Lahad Datu - Pada 22 June 2014 yang lalu Tim KBP Lahad Datu telah mengadakan Pertemuan Belia Paroki yang ke-5 (PYG-5) dan telah memilih tema “Karunia Roh Kudus”. Sememangnya tema yang sangat mengujakan ini telah menjadi topik yang dapat membuka minda para belia di Paroki St. Dominic agar dapat menguatkan lagi semangat kerohanian dalam diri mereka.
Program seperti biasa akan dimulakan dengan ‘Ice-breaking’ yang telah dikendalikan oleh saudari Mazdollyna dan doa pembukaan yang dibimbing oleh saudari Mariewill.


Kali ini, Tim KBP telah menjemput Sr Evelyn Tivit untuk mengongsikan pemahaman beliau berkaitan Karunia Roh Kudus selaras dengan tema PYG-5 kali ini. Sr. Evelyn mengongsikan tentang doktrin iman Kristiani di mana kita mempunyai satu Allah Triniti hadir dalam 3 peribadi iaitu Bapa dan Putra dan Roh Kudus, di mana ketiga-tiganya adalah sama kepentingannya, kedudukan, kuasa dan kemuliaaNya. 

Semua belia yang hadir juga berpeluang mengetahui tentang 7 Karunia Roh Kudus iaitu:



1. Takut akan Tuhan (Fear of the Lord)

2. Keperkasaan (Fortitude)

3. Kesalehan (Piety)

4. Nasihat (Counsel)

5. Pengenalan (Knowledge)

6. Pengertian (Understanding) dan

7. Kebijaksanaan (Wisdom)

 


Karunia tersebut diberikan kepada mereka yang telah dibaptis dan yang memiliki iman, harapan dan kasih. Seperti yang telah dijanjikan oleh Kristus, Ia akan mengutus Roh Kudus untuk menyertai umat beriman (Yoh 14:16).  

12 buah - buah Roh Kudus yang menyertai seorang Kristian iaitu:


1. Kasih

2. Sukacita

3. Damai sejahtera

4. Kesabaran

5. Kebaikan hati

6. Kebajikan

7. Kemurahan hati

8. Kelemah lembutan

9. Kesetiaan

10. Kesederhanaan

11. Penguasaan diri dan

12. Kemurnian  



Selesai sahaja perkongsian yang diberikan oleh Sr Evelyn ini, program seterusnya adalah Doa Taize. Dalam Doa Taize. melahirkan bentuk musik ibadah yang unik dengan mencerminkan sifat meditatif. Musik Taizé juga turut menekankan ungkapan-ungkapan sederhana, biasanya petikan pendek dari Mazmur atau dari Kitab Suci yang diulang-ulang dan kadang juga dinyanyikan. Muzik telah sebati di dalam peribadi umat Kristian kerana melalui lagu, kita memperoleh suasana hening dan dapat berdoa. Dalam Doa Taize. ini, doa telah dibimbing oleh Sr Evelyn sendiri, pembacaan oleh saudari Mariewill, dan doa permohonan oleh saudari Elaine. Nyanyian lagu-lagu sepanjang Doa Taize.ini oleh Tim KBP yang diikuti oleh semua yang hadir dan muzik oleh Saudara Alfian.





Diakhir Doa Taize. tersebut semua yang hadir dijemput untuk tampil kehadapan untuk berdoa bagi memohon Roh Kudus untuk melihat di dalam diri masing-masing seterusnya memilih salah satu Karuni Roh Kudus yang memiliki satu buah Roh Kudus tertentu. 

Karunia dan buah dalam bentuk penanda buku ini telah diberkati  oleh Rev Fr Marcellinus yang juga bertujuan agar belia yang hadir untuk membuat refleksi diri melalui doa masing-masing. Selain berdoa untuk karunia dan buah Roh kudus, ia turut bertujuan agar dapat mengembangkan karunia dan buah yang telah diterima serta berkongsi karunia dan buah kepada para belia yang lain. Sehubungan dengan itu, harapan belia juga agar dapat menjadi contoh karunia dan buah yang baik.


PYG-5 kali ini telah menambahkan lagi semangat para belia untuk terus berkembang dalam nama Yesus Kristus agar berani tampil dalam mewartakan iman yang telah diajarkan oleh Yesus sendiri. Semoga roh yang sama akan sentiasa bersama dengan semua belia untuk meneruskan misi Kristus dalam mendirikan kerajaanNya. Jumpa lagi di PYG 6.

1 comment:

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent