Artikel dan gambar ~ SOCCOM Lahad Datu
Gereja St. Dominic, Lahad Datu – Kira-kira jam 7.00 malam, 21hb Jun 2014 yang
lalu, satu Majlis Kesyukuran untuk para baptisan baru telah diadakan di dewan paroki. Majlis tersebut telah berjalan dengan baik dan dihadiri ramai
umat termasuk para penanggung dan keluarga para baptisan baru yang juga turut
membawa makanan kegemaran masing-masing.
Seramai 78 para baptisan baru
(40 IKK dan 38 IKD) yang telah dibaptis pada Sabtu Suci (Malam Paskah) yang
lalu, hadir pada malam tersebut sebagai tanda kesyukuran mereka. Majlis
kali ini juga turut dihadiri oleh Father Marcelinus, Sr. Slyvia fsic dan Sr. Evelyn
Tivit fsic serta beberapa orang wakil ahli MPP. Kehadiran mereka menjadikan majlis
kesyukuran ini lebih bermakna bagi semua.
Selesai sahaja semua yang hadir menjamu selera, majlis diteruskan dengan
persembahan pentas dalam bentuk tarian beriringan lagu. Persembahan tarian dari wakil
IKD yang berdasarkan lagu “Who am I” dipersembahkan
dengan penuh makna dan rasa syukur. Bagi memeriahkan lagi majlis kesyukuran
pada malam tersebut wakil dari para baptisan baru IKK juga turut membuat
persembahan dalam bentuk nyanyian.
Setelah suasana diceriakan dengan persembahan, semua para baptisan
baru dijemput menerima sijil baptisan mereka yang disampaikan oleh Father
Marcelinus sendiri.
Program diteruskan lagi dengan sesi Penyerahan Cahaya. Dalam sesi ini paderi, religious, wakil MPP dan
wakil komiti kateketikal memperkongsikan cahaya lilin kepada semua para baptisan baru sebagai simbol, 'Kita adalah satu komuniti dalam Kristus' ~ sebab kita semua dibaptis menjadi satu tubuh. Majlis kesyukuran kali ini
berakhir lebih kurang jam 10.00 malam.
No comments:
Post a Comment