Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 24, 2014

KENYATAAN MEDIA - PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA

CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA

PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA

26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

 Telefon   / Faks  :  + 60 3 7957 1457

23hb Jun 2014                  

PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA

KRISTIAN AMAT KECEWA DENGAN KEENGGANAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN UNTUK MEMBERI KEBENARAN MERAYU

Persekutuan Kristian Malaysia secara semula jadi sangat kecewa bahawa Mahkamah Persekutuan telah menolak kebenaran untuk Gereja Roman Katolik untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes The Herald.
Kami terus mengekalkan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan dan hujah dalam membuat keputusannya, begitu kritikal dimana terdapat kecacatan di dalam banyak aspek. Keadilan adalah mudah mendapat mandat rayuan, untuk memperbetulkan banyak kenyataan dan pemerhatian Mahkamah Rayuan yang tidak betul dan tepat sehingga membawa kepada keputusannya.    
Kesan negatif yang serius terhadap kebebasan beragama bagi  masyarakat Kristian di Malaysia adalah berpunca daripada seluruh pernyataan dan pemerhatian, tetapi malangnya Gereja Roman Katolik telah dinafikan peluang untuk mencabar pernyataan dan permerhatian begitu di mahkamah tertinggi.
Peguam Negara secara terbuka sebelum ini menegaskan dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada 20 Oktober 2013 yang keputusan ini adalah hanya berkenaan dengan penggunaan perkataan "Allah" dalam akhbar The Herald. Sebagai penasihat undang-undang kepada Kerajaan Malaysia, kami berpegang kepada dia dan Kerajaan Malaysia untuk pendirian ini.  
Memandangkan keengganan untuk memberikan kebenaran merayu kepada Gereja Roman Katolik,  kita akan meneruskan tindakan dan aktiviti kita, menganggap keputusan Mahkamah Rayuan terhad kepada fakta kes tertentu saja dan sebaliknya mengekalkan bahawa masyarakat Kristian mempunyai hak untuk terus menggunakan perkataan "Allah" di dalam Al-Kitab, ibadah  gereja dan perhimpunan Kristian dalam jemaah Bahasa Malaysia kami, seperti yang telah kita lakukan sebelum ini.   
Terdapat beberapa kes-kes yang belum selesai di hadapan mahkamah-mahkamah kita yang melibatkan isu ini. Kita perlu melihat sama ada ini akan memberikan peluang untuk menegakkan dan mempertahankan kebebasan beragama dan pengamalan kebebasan beragama di Malaysia.
Pada masa ini, kami menyeru masyarakat Kristian di Malaysia untuk tetap teguh dalam iman mereka dan berani dalam menghadapi kesukaran yang lebih berpanjangan.​

Yang Benar,

Ditanda tangani

Rev. Dr. Eu Hong Seng, 
Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif,
Persekutuan Kristian Malaysia.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent