Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 3, 2014

PERAYAAN HARI JURURAWAT~PAROKI KATEDRAL ST. MARY, SANDAKAN

Teks dan gambar oleh
VENESSA JULIAN
Sandakan – Pada Ahad 18 Mei 2014, para jururawat dan pekerja kesihatan bersama-sama menyambut Hari Jururawat dalam Misa Kudus di Gereja St. Joseph, Batu 2½ yang dirayakan oleh Fr. Sunny Chung. Semasa homilinya, Fr. Sunny berkata bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan sememangnya mempunyai cabaran, apa lagi dalam hal-hal merawat pesakit. Namun, biarlah cabaran tersebut dihadapi dengan memberitakan khabar baik Tuhan Yesus dan sedia memberi laluan kepada Dia untuk melakukan pekerjaanNya dalam kehidupan kita.
Disamping itu, para jururawat dan pekerja kesihatan termasuklah pengajar Kolej Kejururawatan Sandakan terlibat dalam melaksanakan tugas-tugas semasa Misa Kudus. Tidak ketinggalan juga penglibatan para jururawat pelatih dalam koir.
Selepas Misa Kudus, Fr. Sunny turut bersama-sama dalam sesi fotografi diikuti dengan 'fellowship' yang diadakan di St Leonard’s Home. Fellowship dimulakan dengan ucapan dan berkat daripada Fr. Sunny. Seterusnya ia disusuli dengan acara makan, pemotongan kek dan perkongsian daripada Pengerusi Catholic Nurses Guild (CNG) Sandakan, Agnes Gaduka. Di antara ucapannya, sdri Agnes mempelawa para jururawat supaya lebih bergiat aktif dalam pelayanan CNG. Sebagai sebahagian anggota tubuh Kristus, kita harus berperanan partisipatif demi pertumbuhan gereja. Fellowship berakhir dengan doa penutup pada jam 9:00 malam.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent