Oleh Sr. Liza fsic
Tawau : Gereja
Holy Trinity Tawau mencatat sejarah apabila Legion Of Mary ( LOM ) Kuria dalam Bahasa Malaysia dibentuk pada 25hb Mei 2014 yang disaksikan bersama oleh Senatus
Presiden dari Singapura iaitu saudara Vincent Gabriel dan rombongan.
Sejarah
Penubuhan Praesedium LOM di Holy Trinity adalah:
- Pada tahun 1964 iaitu Praesedium Bahasa Inggeris – Mother Of Divine Grace
-
Praesedium Bahasa Cina pada 15 Ogos 1987 – Queen Of Peace.
-
Kuria Bahasa Cina ditubuhkan pada 13hb Mei 1995 bernama Queen Of Family
- Pada 25hb
Mei 2014 Kuria Bahasa Malaysia- Bonda
Pengantara Segala
Rahmat ( Mother, Mediatrix Of All Graces )
Setakat
ini terdapat 4 Praesedium Bahasa Cina, 3
Praesedium Bahasa Malaysia, 3 Praesedium Bahasa Inggeris termasuk 1 dari Semporna.
Kehadiran Kumpulan dari Singapura iaitu saudara Vincent Gabriel, Presiden Senatus dan saudari Margaret Wong, Bendahari Senatus, pasukan dari Kota Kinabalu iaitu saudari Victoria Voon, Presiden Comitium, saudara Benjamin, Timbalan Presiden Comitium, saudari Catherine Ong dan saudara Christopher Voo, Bendahari Comitium amat menggembirakan dan seterusnya memberikan dorongan dalam pelayanan bagi semua ahli LOM di Holy Trinity Tawau.
Dianggarkan seramai 73 orang ahli yang hadir dalam acara penubuhan kuria berkenaan yang diadakan di Dewan Bawah Gereja ( Church Basement Hall ). Turut
hadir dalam acara ini adalah saudara Andrew Kiat, Pengerusi Majlis Pastoral
Paroki (MPP), saudara Nicholas Chia, Koordinator LOM Tawau, Mother M. Aquinas
Voon fsic, Sr. M. Anita Philip fsic dan Sr. M. Liza Augustine J fsic, saudara Charles, Presiden Kuria Bahasa Cina, saudari Antonia Lee, Timbalan Presiden, Regina Shim, Setiausaha
dan saudari Eileen Hong, Bendahari.
Program penubuhan ini dimulakan pada 4 jam petang dengan doa Rosary dan doa yang terdapat dalam buku pegangan Legion Of Mary dibawah pimpinan Sr. M. Liza fsic.
Selepas
sesi pengundian saudari Hermin Tambing telah dipilih sebagai Presiden Kuria LOM Bahasa
Malaysia yang baru, di bantu oleh saudari Julie Kho sebagai Timbalan Presiden. Saudari Selmy Nona E. Edysoon dan saudari Elilia Maloles dipilih sebagai Setiausaha dabn Bendahari masing-masing. Kuria Legion Of Mary yang baru ini diberi nama Bonda Pengantara Segala Rahmat (Mother, Mediatrix Of All Graces )
Kuria
Bahasa Malaysia ini, mempunyai 6 buah praesidium termasuk 1 dari St. Jude
Semporna di bawah naungannya. Sr. M. Liza Augustine J fsic telah dilantik
sebagai Pembimbing Rohani kepada Kuria yang baru ini. Sesi ini ditutup dengan
jamuan makan malam di kantin Paroki.
Penubuhan
Kuria baru ini menandakan pertumbuhan dan perkembangan iman umat setempat
khasnya di paroki Tawau. Dalam ucapannya saudara Anthony Vincent Gabriel menyatakan
rasa amat gembira dengan perkembangan ini. Beliau turut mengucapkan tahniah
dan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penubuhan ini terutama
sekali sokongan daripada Paderi Paroki, Msgr Nicholas Ong, Fr David
dan Fr. Johnny, Majlis Pastoral Paroki ( MPP ) dan semua umat setempat di Holy Trinity Tawau.
No comments:
Post a Comment