Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 25, 2014

Perkongsian Sr Appollonia Gumpu FSIC Sempena Perayaan Jubili Perak Sebagai Religious - Bahagian 1

Panggilan Saya
Perkongsian Sr Appollonia Gumpu FSIC (Bahagian 1)

Saya dilahirkan dalam keluarga Katolik yang sederhana. Sungguh pun kedua ibubapa saya tidak berpendidikan akademik namun seperti keluarga Katolik yang lain mereka juga telah berusaha untuk menanamkan nilai-nilai Kristus di dalam kehidupan keluarga kami. Sememangnya mereka telah menyemaikan iman dan benih-benih cinta kasih Tuhan melalui teladan dan contoh kehidupan mereka sendiri.

Atas pengaruh corak kehidupan mereka, saya mula merasakan bisikan Tuhan ketika saya berusia 14 tahun. Pada suatu ketika, hati kecil ini mula tergerak untuk membantu Uncle Joakim (katekis) untuk membaca Injil yang sedang dibacanya. Pada waktu itu dia benar-benar mengalami masalah pengelihatan atas faktor usianya (60-65 tahun). Namun dalam hati kecil saya berkata; Siapalah saya ni?
Hari demi hari tanpa saya sedari bisikan itu semakin bertumbuh, berkembang dan  mendesak. Perasaan itu membuatkan saya berani dan bersemangat tampil ke hadapan untuk menggantikan Uncle Joakim yang semakin payah untuk menjalankan pelayannya.
Oleh kerana ketiadaan bimbingan dari sesiapapun, hasrat dan keinginan untuk melayani seperti yang pernah saya alami suatu ketika dulu semakin pudar.  Selepas beberapa tahun, tanpa saya sedari, kini saya dikelilingi dengan keadaan sosial yang semakin meragut kehidupan rohani saya, membuatkan saya leka dengan Firman dan kehendak Tuhan dalam hidup rohani saya. 
Dalam masa yang sama, para sister dari kongregasi FSIC telah mula bertapak di Paroki St. John Tuaran pada awal tahun 1980. Oleh kerana ketiadaan religious sister itu, maka saya tidak pernah melihat peribadi yang di gelar sebagai “Religious Sister” sehinggalah saya berusia 17 tahun.
Namun saya begitu yakin bahawa Tuhan mempunyai rencananya tersendiri. Pada suatu hari iaitu hari Rabu, bersamaan dengan tamu di pekan Tamparuli, tanpa di duga,  Tuhan telah mempertemukan saya dengan seorang peribadi yang digelar sebagai “sister” pada kali pertamanya. (Dia ialah Sr. Michael Gondipon. May she rest in peace!).
Pakaiannya yang panjang berwarna krim dan biru serta bertudung warna putih membuat saya terpukau saat itu. Ketika itu sememangnya saya tidak mengetahui apa-apa tentang pelayanan dan tugas-tugas mereka apa lagi dengan penghidupan mereka. Namum terselit di lubuk hati saya, membisik bahawa biarawati itu pasti orang yang kudus dan dipilih Tuhan.


bersambung............

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent