Dari kiri : Sr Cecilia Wong fsic, Sr Appollonia Gumpu fsic dan Sr Dorothy Aron fsic |
Peluang menghuni di asrama kerajaan semasa menuntut dalam tingkatan 4 dan 5 telah membawa banyak pengalaman manis dan pahit, suka dan duka. Pengalaman yang saya lalui telah membentuk saya menjadi lebih matang bukan sahaja dari segi intelek, sosial, fizikal, emosi tetapi juga membantu saya bertumbuh dalam aspek kerohanian.
Dalam pada itu, hasrat dan keinginan untuk
melayani timbul semula apabila saya mengetahui ramai penghuni asrama dari luar bandar yang beragama Katolik telah meninggalkan agama asal
mereka dan memeluk agama lain. Sememangnya saya merasa amat sedih dan kesal
kerana banyak kejadian seperti itu berlaku tanpa pengetahuan ibubapa mereka.
Ya, perkara-perkara sedih seperti inilah yang telah membuatkan saya lebih banyak berfikir dan merenung. Saya sebagai
seorang yang telah dibaptis dan dikuatkan melalui Sakramen Penguatan mula
bertanya pada diri saya sendiri; Apa yang harus saya lakukan??? Haruskah saya
menutup mata, berdiam diri dan membiarkan perkara-perkara seperti itu berlaku
berterusan?
Dari kiri : Sr Appollonia Gumpu, Sr Dorothy Aron dan Sr Cecilia Wong |
Secara diam-diam saya berdoa seakan-akan
doa yang diucapkan oleh Santo Fransiskus dari Assisi ketika dia berada dalam dilema; “Lord, what do You want me to
do?”
Lawatan paderi paroki ke kampung kami pada suatu ketika tahun itu merupakan masa yang sangat bermakna bagi saya kerana pada saat itu saya secara berkesempatan menceritakan tentang perkara-perkara yang sebenarnya berlaku di asrama. Ya, saya sungguh bersyukur atas segala nasihat dan dorongan yang diberikannya pada saya. May he (Fr.Amandus) rest in peace.
Selepas tamat persekolahan, saya mula
bergiat aktif dalam aktiviti belia di kampung kami. Saya juga berpeluang untuk memimpin Ibadat Sabda pada hari Minggu
ketika katekis baru yang dilantik berkursus di PUSKAT Keningau.
Pengalaman bekerja selama 5 tahun dalam
pendidikan awal kanak-kanak bukan hanya membantu saya merenungkan tentang
kerjaya saya tetapi juga telah mencabar saya untuk mengamati panggilan
membiara.
Setelah mengikuti seminar panggilan buat beberapa kali, akhirnya dengan bantuan Roh Kudus dan dengan sokongan keluarga,
saya telah memberanikan diri memohon untuk memasuki pembentukan aspirant.
Sungguhpun saya telah diterima secara rasmi
sebagai aspirant dan sememangnya keinginan untuk melayani Tuhan sepenuh masa namun dalam masa yang sama saya juga memikirkan panggilan berkeluarga.
Dalam masa
saya memikirkan hal-hal ingin berkeluarga, di situlah juga Tuhan berbicara
dengan saya melalui firmanNya, dengan mengatakan “Sebelum Aku membentuk engkau
dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau
dan sebelum engkau keluar dari
kandungan, Aku telah menguduskan engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi
nabi bagi bangsa-bangsa” Yer 1:5. Ya, Tuhan menegur saya dengan Firmannya
bahawa Dia yang Maha Kuasa telah pun menentukan masa depan saya.
bersambung.........
No comments:
Post a Comment