Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 27, 2014

Panggilan Saya - Perkongsian Sr Appollonia Gumpu FSIC (Bahagian 3)


Semasa saya berada dalam persimpangan jalan, ketika saya dalam delima memikirkan apa yang terbaik, di situlah juga Tuhan menghibur saya dengan kata-kata, “Jangan takut, ketahuilah, Aku akan menyertai engkau sentiasa sampai ke akhir zaman” Mat 28:28.
Setelah melalui banyak kursus, seminar pembentukan iman serta bimbingan daripada para paderi dan para sister Franciscan, maka sedikit demi sedikit telah meyakinkan saya untuk terus melangkah ke hadapan. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana ibu saya sebenarnya lebih memahami tentang panggilan membiara. Dia berkata kepada saya bahwa dia pernah berdoa memohon pada Tuhan agar memanggil salah seorang anak perempuannya untuk menjadi sister.
Walaupun pada mulanya bapa saya engan untuk melepaskan saya, namun dengan doa dan sokongan ibu saya, dan dengan bantuan Roh Kudus, Bonda Maria berserta dengan bimbingan para sister dan paderi paroki, saya dengan penuh kebebasan mengambil keputusan untuk melangkah ke rumah pembentukan tahap pertama (postulancy) pada 6hb Januari 1987.
Pada hari ini, apabila saya merenungkan dan mengimbas kembali perjalanan hidup saya selama 25 tahun, saya dapati bahawa perjalanan ini dipenuhi dengan warna-warni kehidupan. Namun Allah Tritunggal  Kudus sumber Panggilan Suci ini tetap setia menemani di setiap sudut kehidupan saya.
Saya bersyukur di atas semua peluang untuk melayani sesama di dalam berbagai jenis pelayanan samada dalam kongregasi FSIC mahupun pelayanan saya di dalam Gereja tempatan. Semua peluang serta pengalaman yang telah saya lalui merupakan satu kebahagian mulia dan indah. (sense of fulfillment).
Today as I celebrate my THANKSGIVING to God the Almighty, I would like to lift up each one of you to God of infinite love: all my fellow Franciscan Sisters, my family especially my beloved mother as well as my late father, relatives, Bishop, priests, religious, friends and all those who have journeyed, prayed and supported me in one way or another throughout these years. May our good Lord bless and reward all of you and may He strengthen us with His love and mercy.
Akhir kata, saya  ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap syukur kepada Tuhan atas berkat panggilan religious buat saya. Ribuan Terima kasih saya ucapkan  kepada Mother General kami, Sr. Grace Deosing fsic dan  kepada semua sister yang telah bertanggungjawab dalam pembentukan rohani iman saya.  


Dari kiri : Sr Veronica Kandaung fsic, Sr Appollonia Gumpu fsic dan Sr Lilian Unsoh fsic

Terima kasih juga kepada komuniti saya (Sr. Veronica Kandaung fsic dan Sr. Lilian Unsoh fsic) atas sokongan serta kerjasama mereka untuk menjayakan perayaan Jubili Perak ini. Saya dengan penuh kerendahan hati memohon agar kalian terus mendoakan saya agar saya tetap setia dengan panggilan ini. Semoga dengan perayaan kesyukuran ini dapat meningkatkan lagi semangat saya untuk terus melayani dengan lebih efektif dan komited.

Sr Appollonia adalah local animator, St Mary's Convent Sandakan dan merupakan ahli majlis Kongregasi FSIC. Semoga Sr Appollonia senantiasa menjadi pembawa terang dan bahagia kepada setiap insan yang ditemui, seperti lilin yang menyala, membakar dengan kasih Kristus. Abdikanlah diri engkau untuk Dia, dan sebarkan Injil kasih Kristus di mana saja engkau berada.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Kongregasi FSIC sila lawat; http://www.fsicmalaysia.com/

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent