Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 20, 2014

Perjumpaan Tim Kerasulan Belia Paroki (TKBP) bersama Wakil Belia Stasiluar yang Pertama.

Artikel dan gambar oleh SOCCOM Lahad Datu.
Lahad Datu : Ahad, 15 June 2014 – Kira-kira pukul 2.00 petang, Tim Kerasulan Belia Paroki Lahad Datu telah mengadakan satu pertemuan bersama wakil belia dari stasiluar bertempat di Gereja St. Dominic. Tujuan pertemuan adalah bagi membincangkan dan berkongsi akan beberapa isu berkenaan keadaan serta perkembangan belia di stasiluar dan sekaligus merapatkan hubungan antara belia di paroki St Dominic dan stasiluar. Antara stasiluar yang dijemput adalah Silam, Tungku, Madai, Kunak dan Felda. Namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, hanya wakil dari belia Kunak, Madai dan Felda yang dapat menghadiri perjumpaan kali ini.
Sr Evelyn Tivit
Program pertemuan ini dimulakan dengan sesi Ice Breaker dan SrEvelyn Tivit membimbing doa pembukaan. Sesi diteruskan pula dengan pengenalan tentang latar Diosis Sandakan yang terdiri dari 4 Paroki iaitu Lahad Datu, Tawau, Sandakan dan Telupid kepada semua wakil belia stasiluar. Seterusnya Saudara Farnandes memperkenalkan 3 ahli Tim DYA dari Lahad Datu iaitu Saudara Rikkie Teneros, Saudari Victoria Yam dan Saudari Yusvina Lasmin. Turut diperkenalkan juga semua ahli Tim KBP Paroki Lahad Datu.

Sesi seterusnya dikendalikan oleh saudari Victoria Yam. Dalam sesi ini terdapat 3 intipati utama yang telah dibincangkan dan diperkongsikan iaitu masalah yang dihadapi, perkembangan para belia dan aktiviti-aktiviti belia di stasiluar. Para wakil belia stasiluar juga turut meluahkan harapan mereka berkaitan perkembangan belia di masa-masa yang akan datang. Keseluruhan masalah–masalah yang dihadapi oleh belia stasiluar berkaitan dengan kemudahan, kerjasama, sifat wasatiyah (perkauman), masa, ketandusan idea untuk menarik para belia untuk mengikuti aktiviti, komunikasi antara belia dan juga isu kewangan. Tidak dapat dinafikan isu kewangan amat penting kerana ia adalah sumber bagi belia untuk melancarkan aktiviti yang turut melibatkan perbelanjaan sepanjang program. Dalam kesempatan ini juga TKBP turut berkongsi pendapat akan bagaimana untuk menjana dana bagi belia stasiluar itu sendiri dengan menubuhkan tabung belia di tempat masing-masing.
Sdra Farnandes dalam perkongsiannya

Sesi diteruskan dengan info-info terbaru tentang SYD-4. Saudara Harl Jony telah menerangkan syarat-syarat dan kelayakan untuk menyertai pertandingan mencipta lagu dan logo bagi SYD 4 yang kini dibuka hingga akhir bulan Ogos nanti. Pertandingan ini terbuka kepada semua belia Katolik yang berminat dan penyertaan adalah sangat-sangat dialu-alukan.

Tidak lupa juga Saudari Maureen memperkenalkan 'Student ministry' kepada belia stasiluar agar mereka juga turut sedia mengetahui program-program yang telah disediakan pihak gereja untuk membantu para belia yang akan meneruskan pelajaran mereka di tempat-tempat lain. Pertemuan diakhiri pada kira jam 4.30 petang dengan Doa Kerasulan Belia Diosis Sandakan. 

1 comment:

  1. SOCCOM Lahad Datu, tahniah berita dan gambar yang menarik. Tuhan memberkati. Sudilah melawat... Klik: http://bellyok.smartmediatechnologies.com/?advertising

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent