Gambar ~ Daniel Zullian dan Gabriel
SANDAKAN : AHAD,12 MEI 2013 adalah hari ketujuh yang merupakan hari terakhir bagi program ini. Program pada hari tersebut dimulakan dengan Doa Pagi - Body Prayer yang dipimpin oleh Anna Teresa pada pukul 6.30 pagi. Setelah itu, program diteruskan dengan sarapan pagi yang disediakan oleh kumpulan 'Justice'.
Pada pukul 7.30 pagi, para peserta berkumpul dan secara gotong royong membersihkan dewan, dapur, tandas, kawasan perkhemahan / penginapan dan biliik mesyuarat. Semangat kerjasama yang erat membuat segala kerja ringan.
Sesi rekoleksi diadakan bagi para peserta untuk mempersiapkan diri untuk menghadiri Misa Kudus. Dalam sesi tersebut, ia diawali dengan doa syukur dan peserta diajak menenangkan dan memeriksa batin dan jika terdapat dosa, maka harus membuat pengakuan. Misa Kudus yang dirayakan oleh Fr Thomas Makajil di Gereja St.Paul Ulu Dusun bermula pukul 11.00 pagi.
Sebelum Misa Kudus berakhir, para peserta diberi peluang untuk membuat pengisian bagi sesi perkongsian, penyampaian sijil graduasi dan perutusan. Perkongsian pula telah disampaikan oleh Randy Cheah dan Natasha Aronee. Mereka berkongsi tentang pengalaman yang ditimba dari aspek sosial, jasmani dan rohani.
Berakhirnya Misa Kudus, para peserta bersama dengan umat dari Ulu Dusun berkumpul di Dewan Serbaguna untuk 'fellowship' makan tengahari. Para peserta kemudian berkumpul di dalam Gereja menjalani sesi perkongsian / evaluasi. Para peserta dijemput ibu bapa dan pulang ke tempat masing-masing, meninggalkan tapak perkhemahan YPL2. Begitu banyak pengalaman yang dikongsi dan cabaran yang dilalui bersama. Mereka akan membawa kenangan, samada suka atau duka yang ditimba sepanjang YPL2. Walaupun program ini telah berakhir, setiap mereka percaya bahawa mereka pasti akan bertemu lagi dan akan terus melayani Tuhan dan sesama di Gereja masing-masing.
“ Bagi saya yang paling penting adalah CintaKasih kerana ia berasal dari Tuhan kita Yesus Kristus ”
-Raychels Sanches
No comments:
Post a Comment