Tawau: St. Augustine said, 'To sing is to pray twice.' Sempena cuti Hari Pekerja, 1hb Mei yang lalu, Komiti Liturgi Gereja Holy Trinity Tawau tidak melepaskan peluang untuk mengadakan sesi formasi kepada 150 orang umat yang terdiri dari ahli muzik dan koir dari pelbagai bahasa, belia dan Komuniti Kristian Dasar (KKD) yang melayani dalam muzik. Formasi ini turut dihadiri oleh pelayan koir dari outstasi seperti Luasong, St Stephen Tass dan beberapa umat yang lain. Sesi formasi tersebut dimulakan dengan misa pada 8.00 pagi dan kemudian diikuti dengan pendaftaran peserta.
Pn Jocelyn Angar selaku Koordinator dan Pengerusi Komiti Liturgi Paroki menyampaikan ucapan alu-aluan beliau dan bersyukur atas sambutan yang amat menggalakkan. Sesi pertama iaitu
“Memahami Ekaristi” disampaikan oleh Fr David Garaman. Menurut beliau, sebelum
mengetahui tentang pelayanan muzik dalam liturgi, seseorang perlu memahami dan
mengetahui dengan jelas makna Ekaristi dan kenapa kita merayakannya. Beliau berkata, 'Kita bukan
sahaja perlu mengetahui, memperingati dan merayakan karya penyelamatan Kristus
terhadap umat manusia tetapi juga mengetahui sejarah perayaan itu yang telah
menjadi perayaan orang Yahudi sejak dahulu lagi dan kini dijadikan baru oleh
Yesus yang merupakan korban perayaan tersebut.'
Sesi seterusnya
menyentuh tentang ~ 'Muzik Sakral dalam Liturgi'. Sesi soal jawab diadakan
di mana Fr. David mengajukan beberapa soalan akan kefahaman peserta dalam pemilihan lagu dalam perayaan Liturgi. Muzik Sakral membawa maksud muzik yang wujud dan hanya digunakan dalam Gereja dan
perayaan liturgi sahaja. Ianya juga harus memberi kemuliaan kepada Tuhan dan
membawa semua umat untuk mengalami cintakasih Tuhan dan bersama-sama menjadi
kudus. Melalui muzik juga dapat memupuk cintakasih, menyatukan umat, dapat
membantu untuk mendengar Firman Allah dan satu cara untuk berdialog dengan Tuhan. Akhirnya beliau menerangkan tentang maksud liturgi dan tahun liturgi
yang membantu kita merayakan misteri paskah iaitu hidup sengsara, wafat dan
kebangkitan Kristus.
Sesi akhir
dikendalikan oleh Seminarian Christopher dengan tajuk ‘Peranan koir dalam
Liturgi’. Dari petikan Alkitab tentang nyanyian iaitu Efesus 5 : 19 , beliau menerangkan
sedikit tentang sejarah muzik gereja iaitu selepas penganiayaan
orang Kristian dalam empayar Rom, Ekaristi menjadi satu majlis yang sangat
penting dan suci dan banyak bahagian Ekaristi Kudus terdiri dalam muzik dan
telah diberi kepentingan. Seterusnya, diterangkan pula tentang nyanyian dalam
dokumen gereja, pemahaman tentang koir dan peranannya dalam persiapan misa
kudus, memahami perjalanan misa, pemilihan lagu serta latihan koir. Yang
menariknya, kemeriahan liturgi sejati tidak tergantung semata-mata pada
indahnya nyanyian atau bagusnya upacara, melainkan pada makna dan perayaan yang
memperhitungkan keterpaduan perayaan liturgi dan pelaksanaan setiap bahagian
sesuai dengan ciri-ciri khasnya.
Di akhir sesi, beliau menyatakan apapun pelayanan, kita perlu saling membawa Kristus kepada orang lain di dalam apa yang kita lakukan. Sesi berakhir pada tepat 2.00 petang dengan doa yang dipimpin oleh Sr Liza FSIC yang turut hadir pada hari tersebut.
Di akhir sesi, beliau menyatakan apapun pelayanan, kita perlu saling membawa Kristus kepada orang lain di dalam apa yang kita lakukan. Sesi berakhir pada tepat 2.00 petang dengan doa yang dipimpin oleh Sr Liza FSIC yang turut hadir pada hari tersebut.
No comments:
Post a Comment