Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 28, 2013

Sharing oleh Philippa Phillip, Graduan YouthPREPLink (Batch 3)


Philippa Phillip seorang belia yang aktif dari St Stephen, Tass Batu 8, Tawau telah menyertai YouthPREPLink Level 1 dari 1hb - 7hb April 2013 di Katedral St Mary, Sandakan dan YouthPREPLink Level 2 dari 6hb - 12hb Mei 2013 di Gereja St Paul Ulu Dusun. Berikut adalah perkongsiannya untuk tatapan teman-teman

Perkara yang paling mencabar bagi saya adalah semasa program 'outreach'. Saya pilih bahagian kanak-kanak. Itu adalah kali pertama saya menjaga kanak-kanak yang ramai, biasanya saya cuma menjaga satu atau dua orang budak. Memang sangat mencabar menjaga budak pada sebelah malam sebab takut nanti mereka hilang. Oleh sebab itu, saya kena jaga mereka degan hati-hati dan kanak-kanak memang cepat bosan jadi kami harus mencari idea supaya mereka gembira dengan kami. Apa yang paling penting saya dapat semasa kem ini, adalah semasa "row row row your bot." Dalm aktiviti ini, memang perlu kerjasama dari setiap ahli dalam tim sebab kalau tidak ada kerjasama, bot kami pasti tidak akan tergerak. Pada mulanya, memang ada perselisihan faham, tapi bila sudah berada di tengah perjalanan, semuanya berjalan dengan baik. Pada mulanya juga, saya rasa amat mustahil untuk bot berupa dua batang balak belayar di atas darat. Tapi dengan bantuan Tuhan dan kerjasama dari rakan-rakan, saya berasa sangat bersyukur sebab bot kami sampai juga di destinasinya. Selain itu, saya suka semasa doa pagi (Body Prayer), ia merupakan perkara baru bagi saya. Ia membuatkan saya berasa sangat tenang. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai peluang untuk melalui YPL 2 ini. Saya betul-betul dapat merasakan kehadiran Tuhan dalam hidup saya. Tuhan sentiasa menyertai saya dan membantu saya ketika saya betul-betul memerlukanNya. Saya juga sangat suka dengan ceramah Uncle Francis Tan. Dulu saya membiarkan diri saya di pandang rendah oleh mereka yang lebih matang dari diri saya. Tetapi apabila Uncle Francis menyuruh kami menghafal ayat dalam 1 Tim 4 : 12 "Jangan seseorang pun menganggap engaku rendah kerana engkau muda. Jadilah teladan bagi orang-orang percaya, dalam perkataanmu, dalam tingkah lakumu, dalam kasihmu, dalam kesetiaanmu dan dalam kesucianmu." Keyakinan diri saya bertambah. Walaupun saya muda, saya perlu menjadi teladan kepada orang yang percaya dan saya juga sangat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang memahami dan sudi mendengar luahan hati saya. Sebenarnya, saya seorang yang pendiam dan suka pendam masalah saya sendiri. Melalui program ini saya mampu meringankan sedikit beban saya dengan berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang lain. Saya juga sangat suka apabila kami diberi peluang untuk berkongsi cerita sebab pada masa itulah saya boleh meluahkan isi hati saya. Pada masa yang sama juga, saya dapat belajar erti persahabatan serta berasa diri ini sangat di sayangi.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent