Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 10, 2013

YOUTH AND SEXUALITY / BELIA DAN SEKSUALITI

Oleh : Roland Henry
TAWAU (28 April 2013)  Tim Kerasulan Belia Paroki (KBP) Holy Trinity Tawau telah menganjurkan Youth Monthly Gathering (YMG) yang ke-20 di Upper Room, Dewan Paroki dengan tema ‘Sabda Dan Seksualiti’. Previu promosi YMG-20 yang ditayangkan semasa sambutan Hari Belia Sedunia peringkat paroki pada bulan Mac yang lalu menggerakkan hati seramai 75 orang belia hadir untuk menimba ilmu pengetahuan tentang seksualiti dan kaitannya dengan pengertian lebih mendalam melalui Sabda Tuhan . 
Program dimulai dengan pendaftaran pada jam 12.30 tengah hari, disusuli dengan menyanyikan lagu-lagu pujian dan penyembahan yang dipimpin oleh YMG Junior Band. Kemudian diikuti dengan imbasan YMG yang lalu. Formasi iman bermula dengan memberi input berdasarkan tema pada bulan ini yang disampaikan oleh Sdri. Jurgen Ogabang selaku wakil Tim KBP Holy Trinity Tawau.
“..tidak tahukah kamu, bahawa tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang diam di dalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Allah, - dan bahawa kamu bukan milik kamu sendiri? Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Karena itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu!” (1 Kor.6:19-20). Demikianlah Sabda Tuhan yang dikongsikan oleh Sdri. Jurgen semasa menyampaikan sesi ‘Sabda dan Seksualiti’ untuk mengingatkan sesama belia agar mencintai tubuh dan menjaga kesucian diri masing-masing menurut Sabda Tuhan.
Isu yang berkaitan tentang seksualiti seperti kes pembuangan bayi, kes rogol, ketagihan seks dan juga pornografi, gangguan atau penderaan seksual, aktiviti seks bebas, kehamilan yang tidak diingini, jangkitan seksual (STIs), penyakit kelamin, penukaran jantina (transgender) dan sebagainya terjadi disebabkan oleh banyak faktor. Salah satu faktor adalah kurangnya pengetahuan tentang seksualiti di peringkat awal seorang belia.
Melihat keperluan belia di Tawau, Tim KBP merasakan tema pada bulan ini sememangnya harus diketengahkan dan dikongsikan kepada semua belia di paroki ini agar dapat membimbing mereka di peringkat awal sebelum terjadinya sesuatu yang tidak diingini serta ia sangat bersesuaian dengan peredaran masakini untuk melawan arus negatif globalisasi yang berkaitan dengan isu seksualiti. Selain itu, ia juga dapat membantu belia memahami konteks seksualiti berdasarkan Sabda atau rencana Allah agar belia menjadi bijak menjaga perhubungan yang baik bagi diri sendiri dan juga sesama.
Penyampaian input yang menarik oleh sdri. Jurgen adalah sangat ringkas dan padat malah mudah difahami. Apa yang penting pemahaman dan kesedaran yang berterusan di kalangan belia harus meningkat agar kesihatan seksual sentiasa terjaga dan akan meningkatkan lagi kualiti kehidupan melalui konsep 3R-Rights, Respect dan Responsibility. Para belia juga digesa agar memahaminya menurut ajaran Gereja Katolik dengan menyahut rencana Allah dalam penciptaan manusia, penjagaan kesucian diri sebagai Bait Allah dan misi ketaatan.
Selepas penyampaian input tersebut, para belia dijemput oleh Sdri. Esther Albert untuk menulis surat wasiat berunsurkan pesanan atau nasihat kepada seorang kawan untuk menjaga tingkah laku, tabiat, perasaan dan lain-lain bagi yang berumur 13 – 15 tahun. Manakala bagi belia yang berumur 16 tahun ke atas pula berunsurkan pesanan, nasihat atau harapan kepada anak lelaki atau perempuan untuk menjaga kesucian peribadi dan menyahut misi dan rencana Allah. Apabila surat wasiat tersebut telah siap ditulis, para belia menggantungkannya di Pokok Penyerahan dalam keadaan hening sebagai tanda panggilan untuk memberi pemberian kasih kepada sesama.

YMG-20 diteruskan dengan pengumuman aktiviti belia oleh Sdra. James Joseph selaku emcee dan diikuti dengan Doa Janji agar para peserta sungguh-sungguh berdoa dan memahami apa yang telah dipelajari serta berdoa Doa Kerasulan Belia Keuskupan Diosis Sandakan sebagai doa penutup. Pertemuan YMG diakhiri dengan sesi bergambar bersama kemudian menjamu selera di Kantin Paroki Holy Trinity sebagai tanda kesyukuran program YMG bulan ini dan juga meraikan ulangtahun kelahiran ahli-ahli KBP yang jatuh pada bulan April.


No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent