Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 25, 2013

YouthPREPLink Level 2 ~ ( Day 6 )

Marylyn Johanis
Gambar ~ Daniel Zullian


SANDAKAN : SABTU,11 MEI 2013 ~ Hari keenam bagi program YPL Level 2 Batch 3 dimulakan dengan Doa Pagi tepat pukul 5.30 pagi. Setelah itu, para peserta mengunjungi ke rumah Auntie Margaret, berhampiran dengan Gereja bagi menjamah sarapan pagi sebelum menjangkau ke Jaya Bakti.
Pada pukul 6.45 pagi, kesemua peserta telah selamat tiba di Jaya Bakti, 15 km dari Gereja St Paul. Tiga stesen pendaftaran telah disediakan bagi kanak-kanak, belia dan ibu bapa. Pada pukul 8.00 pagi, acara dimulakan dengan sesi 'Time of Life' yang dipimpin oleh para peserta YPL. Umat di Jaya Bakti amat tertarik dan senang mengikuti sesi ini. Setelah itu, koordinator Big Group iaitu Daniel Zullian  selaku pengacara,  menyampaikan perihal  mengenai YouthPREPLink (YPL).
Seperti pada misi penjangkauan ke Sakilan Desa kelmarin, aktiviti pada hari tersebut telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kanak-kanak, belia dan ibu bapa. Bahagian belia telah dikendalikan oleh kumpulan Small Group - 'Youth.' Bahagian kanak-kanak dikendalikan oleh kumpulan Small Group - 'Children' manakala bahagian ibu-bapa dikendalikan oleh para fasilitator.
Pengisian bagi bahagian belia ialah pujian dan penyembahan, permainan dan English Lessons. Berbeza sedikit dengan penjangkauan di Sakilan Desa bahagian kanak-kanak terdapat tiga sesi. Selain dari pujian dan penyembahan serta permainan ia diselitkan dengan aktiviti mewarna, membuat cenderahati dengan  mewarna batu dan membaca buku cerita dalam bahasa Inggeris.
Dalam bahagian ibu bapa, terdapat dua sesi; yang pertama adalah ceramah  bertajuk "Cara-cara menghadapi masalah keluarga" dan sesi kedua pula adalah ceramah bergabung dengan belia yang bertajuk "Bagaimana menghidupkan kehidupan sosial dalam keluarga dan pendidikan seks  secara terbuka dalam keluarga." Kedua-dua sesi ini disampaikan oleh Spincer  Nyahen.
Pada pukul 4.30 petang, umat berkumpul di kapel dan sesi terakhir yang dijalankan adalah sesi perkongsian. Saudara Raimo dan saudari Jenniver, wakil peserta YPL2 telah memberi perkongsian tentang pengalaman mereka. Saudari Mary yang mewakili belia Jaya Bakti tampil ke depan untuk membuat   perkongsian. Manakala, bahagian kanak- kanak pula  diwakili oleh adik Avy  dan bahagian ibu bapa diwakili Saudara Primus dan Saudari Azilin. Saudari Mariana wakil Jaya Bakti menyampaikan ucapan penghargaan kepada penganjur dan Wilfred Frederick, selaku wakil penganjur menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak Jaya Bakti.
Aktiviti di Jaya Bakti berakhiri tepat pada pukul 5.15 petang dengan Doa Penutup. Pada pukul 6.00 petang, para peserta berkumpul di rumah Auntie Margaret sekali lagi untuk makan malam. Sesi perkongsian dijalankan pada pukul 8.00 malam dan diakhiri dengan sesi perdamaian. Sesi ini bertujuan untuk mendamaikan antara sesama peserta dan memperkongsikan suka duka yang telah dilalui bersama. Program pada hari tersebut ditutup dengan Doa Malam yang dipimpin oleh Anna Teresa. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent