Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Thursday, May 2, 2013

SEMINAR PANGGILAN KEPADERIAN DI HOLY TRINITY TAWAU

Oleh Felsa May

Tawau : Pada 20 April yang lalu, para belia lelaki di Gereja Holy Trinity Tawau diberi pendedahan dan penerangan ringkas tentang panggilan kepaderian. Bersesuaian dengan minggu panggilan, Seminarian Christopher Ireneus yang menjalankan pelayanan pastoralnya selama 3 bulan di paroki ini bersama-sama paderi paroki Msgr Nicholas Ong dan Rev Fr David Garaman merasakan perlunya pendedahan ini kepada kaum belia masa kini.
Program ringkas tersebut dihadiri oleh 18 orang belia lelaki di dalam lingkungan umur 14 ke 25 tahun. Jumlah tersebut mengingatkan Fr David tentang petikan alkitab yang berbunyi “Sebab banyak yang dipanggil tetapi sedikit yang dipilih” Mat 22 : 14… dan menghuraikannya di dalam ucapan ringkas beliau dengan penekanan kepada aspek ketaatan juga kesetiaan kepada Tuhan.
Pada awalnya, program dimulakan dengan pendaftaran dan lagu pujian serta doa panggilan yang diedarkan kepada semua belia yang hadir. Kemudian, Seminarian Christopher memberi perkongsian peribadi mengenai bagaimana dia mendengar dan mengetahui tentang panggilan kepaderian sejak di bangku sekolah sehingga terpanggil untuk mengikuti pembentukan di seminari yang kini sudah masuk tahun yang keenam. Kehidupan di seminari adalah menjalani pembentukan kepaderian. Seterusnya, tayangan video singkat mengenai kehidupan di seminari dan pengenalan ringkas tentang panggilan kepaderian, perkahwinan dan bujang juga dipertontonkan.
Msgr Nicholas yang hadir pada hari tersebut juga sempat memberikan kata-kata dorongan beliau kepada kaum muda untuk merenung panggilan masing-masing dan mengongsikan sedikit pengalaman peribadi beliau ketika menyahut panggilan sebagai paderi. Program tersebut berakhir pada 11.00 pagi dengan doa penutup yang dipimpin oleh Msgr Nicholas dan seterusnya menikmati sedikit jamuan ringan dan disusuli dengan sesi bergambar.

No comments:

Post a Comment

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent