Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 23, 2013

YouthPREPLink Level 2 (Day 4)

Oleh : Marylyn Johanis 
Gambar : Daniel Zullian
SANDAKAN : KHAMIS, 9hb Mei 2013 adalah hari keempat bagi program YPL Level 2 Batch 3 yang berlangsung di Gereja St Paul, Ulu Dusun. Aktiviti pada hari tersebut dimulakan dengan Doa Pagi, berupa Body Prayer yang dikendalikan oleh Anna Teresa. Tepat 8.00 pagi, ia disusuli dengan sesi 'Time of Life' yang dipimpin oleh kumpulan 'Justice' dipenuhi dengan kuasa Roh Kudus.
Sesi 4, berhubung dengan 'Human Trafficking - A Modern Day Slavery' disampaikan oleh Anna Teresa. Sesi selama dua jam ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para belia bahawa pemerdagangan manusia ini sentiasa terjadi di sekeliling kita, suatu kekejaman yang memusnahkan masa depan insan. Ia merupakan masalah sosial yang serius, suatu ancaman global. Ianya membawa impak negatif terhadap sesebuah masyarakat mahupun pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, kerjasama semua pihak adalah penting untuk berusaha membanteras masalah pemerdagangan manusia.
Pada pukul 10.30 pagi, kumpulan 'Faith' menjalankan tugas menyediakan makan tengahari. Kumpulan lain berbincang dan berlatih bagi persediaan dan persiapan menjangkau ke Sakilan Desa dan Jaya Bakti. 
Pada pukul 2.00 petang, program diteruskan dengan sesi 'Time of Life' dan dilanjutkan dengan persediaan / latihan bagi kumpulan Youth dan Children untuk misi penjangkauan ke Sakilan Desa dan Jaya Bakti selama dua jam.  Kumpulan 'Faith' membuat persediaan dan persiapan makan malam untuk kesemua peserta manakala peserta-peserta lain membuat persiapan peribadi.
Sesi sebelah malam diteruskan dengan 'Time of Life.' Pada pukul 7.30 malam, setiap ahli kumpulan 'Youth' dan 'Children' telah mengadakan latihan penuh bersama-sama untuk misi penjangkauan, dipantau serta diberi komen tentang kekuatan juga kelemahan oleh para fasilitator. Sesi ini benar-benar mencabar kepimpinan setiap peserta. Akhirnya pada pukul 9.30 malam, Anna Teresa telah membawa peserta kepada suatu proses renungan dan persediaan untuk cabaran keesokan harinya. Sesi ini ditutup dengan Doa Taize.
“Jika kita percaya kepada Tuhan Yesus, Dia akan sentiasa membantu kita seperti dalam Ibrani 10:23 ;
Marilah kita teguh berpegang pada pengakuan tentang pengharapan kita, sebab Ia, yang menjanjikannya, setia”
- Natasha Aronee

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent