Disediakan oleh: Angeline Said dan Milter Mario, SOCCOM St. Martin Telupid
TELUPID: Sambutan Pesta Kaamatan peringkat Paroki telah diadakan pada 11hb dan 12hb Mei 2013 di Gereja St. Martin Telupid selaku tuan rumah. Perayaan pada kali ini telah dimeriahkan dengan kehadiran umat-umat dari setiap KKD dari kelima-lima zon; Zon Pekan, Zon Jalan Ranau, Zon Jalan Tongod, Zon Jalan Nangoh dan Zon Jalan Sandakan.
Acara dimulakan dengan ucapan mengalu-alukan kedatangan umat oleh Seminarian Stanley |
Pada hari pertama, pelbagai acara sukaneka yang menarik dan meriah telah di laksanakan. Acara dimulakan dengan ucapan mengalu-alukan kedatangan para umat oleh Seminarian Stanley seawal jam 7.30 pagi di perkarangan Gereja St. Martin Telupid.
Antara acara sukaneka yang dipertandingkan adalah; Isi air dalam botol, bawa telur dalam sudu, melastik, bowling kelapa, monopuk(menyumpit), lontar peluru, menirih padi, lari atas tempurung, tiup belon, kupas kulit buah pinang, gusti lengan, dan panjat tiang. Semua acara telah disertai dan diwakili oleh setiap lapisan kategori kanak-kanak dan dewasa, lelaki dan wanita, termasuk perseorangan dan berkumpulan dari setiap zon sekitar paroki. Walaupun cuaca panas, namun acara sukaneka berjalan dengan lancar. Acara kemuncak diakhiri dengan acara panjat tiang dan juara keseluruhan bagi tahun ini telah dirangkul oleh Zon Jalan Ranau.
Acara sukaneka telah mencapai matlamatnya di mana hubungan antara umat dari pelbagai zon serta suku kaum mampu di pereratkan melalui perkongsian kemahiran dan kebudayaan. Setelah selesai acara, para umat yang hadir turut bersama dalam gotong royong membersih kawasan dan menghias gereja untuk persiapan Perayaan Ekaristi keesokan harinya.
No comments:
Post a Comment