Mary Cay Teneros
Lahad Datu : Komiti Kateketikal Pusat Gereja St. Dominic Lahad Datu telah merayakan Minggu Kateketikal pada 16hb September 2012.
Pada pertama kalinya, para pembimbing dari Pertemuan Minggu Gembira (PMG), Pertemuan Minggu Krisma (PMK), Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) dan Inisiasi Kristian Kanak-kanak (IKK) telah
mengendalikan tugas liturgi sempena minggu kateketikal iaitu komentator, pewarta,
pemazmur, persembahan dan koir dalam misa kedua. Semua pembimbing telah menerima pemberkatan daripada paderi paroki Fr. Simon Kontou dan
selepas itu mereka bersama-sama mendoakan Doa Katekis.
Sejurus selepas misa tersebut, Komiti Kateketikal Pusat juga telah
mengadakan forum bersama ibubapa yang bertopik IBUBAPA SEBAGAI KATEKIS UTAMA ~ BENAR/PALSU. Kehadiran ibubapa yang ramai, juga pengerusi MPP, Core group KKD dan
sister sangatlah mengharukan. Ia adalah satu petanda dimana para ibu-bapa amat prihatin terhadap perkembangan iman anak-anak dibawah jagaan mereka.
Sebelum forum bermula, paderi paroki Fr. Simon
Kontou memimpin doa pembukaan dan memberi serba sedikit ucapan dimana beliau
memohon agar para ibubapa mengambil kesempatan meluahkan masalah-masalah yang dihadapi khususnya yang berkaitan dengan isu-isu kateketik. Forum seumpama ini amat baik sekali untuk bertukar-tukar pandangan juga sama-sama mencari jalan melangkah maju dalam soal pembentukan iman.
Pengerusi Komiti Kateketikal Pusat iaitu sdri. Rosemary Legada telah memberi
penerangan tentang carta organisasi Komiti Kateketikal Pusat dan sub-sub komiti Pertemuan Minggu Gembira (PMG), Pertemuan Minggu Krisma (PMK), Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) dan Inisiasi Kristian Kanak-kanak (IKK). Manakala penerangan fungsi setiap sub komiti telah
disampaikan oleh wakil dari setiap sub-komiti.
Fr. Simon Kontou sekali lagi
telah memberi katekesis singkat tentang topik forum tersebut. Beliau mengatakan
bahawa ibubapa sebagai katekis utama haruslah mementingkan pembentukan iman
anak mereka sejak kecil lagi dan ibubapa akan gagal dalam peranan mereka jika mengabaikan tugas membentuk iman anak mereka.
Sebagai pengiktirafan dan penghargaan, Komiti Kateketikal Pusat mengambil kesempatan
untuk menyampaikan penghargaan kepada para pembimbing yang sudah melayani lebih
dari 10 tahun. Cenderakenangan telah disampaikan oleh Fr. Simon Kontou.
No comments:
Post a Comment