by : Junior Sintar
Junior Sintar, 16 tahun aktif melayani di KKD Taman Indah Jaya. |
Masa yang di tunggu-tunggu telah tiba. Kontinjen Sandakan bertolak ke Tambunan kira-kira jam 7.30 pagi pada 19 Ogos 2012. Sepanjang SYD-3, beberapa sesi input telah dijalankan. Antara sesi yang telah menyentuh saya ialah sesi ‘Proud to be Catholic’. Sesi ini menyentuh tentang sebab-sebab kita patut berbangga menjadi seorang umat Katolik. Selain itu, saya juga tertarik dengan sesi ‘Aku, Dia dan Kamu’. Sesi ini pula membincangkan kepentingan hubungan antara sesama kita dan isu-isu sosial yang berlaku di kalangan belia. Semasa 'Pilgrim Walk', saya berkongsi beberapa persoalan tentang kehidupan Kristian dengan seorang sub-Main Organizing Committee. Dia banyak membantu saya dengan menceritakan pengalaman hidupnya kepada saya.
Tanpa saya sedari, banyak yang sudah saya pelajari sepanjang di Tambunan. Saya juga dapat merasakan perubahan dalam diri saya. Sebelum SYD-3, saya tidak berani berdoa di khalayak orang ramai terutamanya di kalangan kawan-kawan saya yang beragama lain. Sekarang, saya tidak malu lagi berdoa sebelum makan di kantin semasa waktu rehat di sekolah. Saya juga lebih mengenali Gereja dan lebih menghormati kekudusan Gereja.
Saya berasa sangat seronok apabila dapat melihat ramai belia berkumpul di Tambunan. Sepanjang SYD-3, suasananya memang cukup riang dan penuh dengan kegembiraan. Wow, hebat! SYD-3 di Tambunan memang best!
No comments:
Post a Comment