Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 13, 2012

Kursus Pra-Perkahwinan di Kapela St Petrus, Ladang Sandau, Paroki Lahad Datu

Lorna Lasay Rosalia



LAHAD DATU : 'Apa yang dipersatukan Tuhan, tidak boleh diceraikan manusia.' 'Sebab itu manusia akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya sehingga keduanya menjadi satu daging.' Sakramen perkahwinan adalah salah satu dari ketujuh Sakramen yang merupakan hal yang luhur. 
Komiti Keluarga Kristian (KKK), Gereja St. Dominic, Lahad Datu telah mengadakan satu kursus Pra-Perkahwinan sehari suntuk  di out-stasi Chapel Sandau pada 7hb October 2012. Sandau adalah sebuah perladangan terletak di Jalan Segama-Sandakan, hampir setengah jam perjalanan darat dari Lahad Datu. Seramai 15 pasangan, majoriti warga Indonesia juga pasangan tempatan telah mengikuti kursus tersebut dari 9.45 pagi hingga 5.00 petang. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh beberapa orang ahli KKK St Dominic. 

Mary Dolores Lo ~ Komunikasi Dalam Keluarga

Tajuk-tajuk yang disampaikan meliputi;

1.  Rencana Allah Dalam Perkahwinan oleh Teodulfo Rosalia. Jr.    
2.  Peranan Komunikasi Dalam Keluarga oleh Mary Dolores Lo               
3.  Peranan Ibubapa Dalam Keluarga oleh Petrus Dalu dan Rosalia Lim   
                

4.  Perancangan Ekonomi Dalam Keluarga oleh Teodullfo Rosalia Jr.      
5.  Perancang Keluarga Semulajadi (NFP) oleh Rosalia Lim              
6.  Liturgi Perkahwinan oleh Lorna L Rosalia


Semoga melalui kursus seumpama ini, para pasangan dapat memahami lebih mendalam tentang perkahwinan cara Katolik dan kenapa mereka harus mengikuti kursus pra-perkahwinan sebelum diberkat. Tujuan utama kursus tersebut adalah untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi alam perkahwinan dan seterusnya membangun keluarga Katolik.

Rosalia Lim ~ Perancang Keluarga Semulajadi


Para pasangan terutamanya mereka ini yang berada dan bekerja di perladangan sangat bersyukur kerana diberi peluang mengikuti kursus yang diadakan di tempat mereka. Kerana selalunya, mereka tidak dapat mengikuti jadual kursus yang diadakan di paroki memandangkan keadaan dan masa kerja yang tidak dapat dielakkan. Mereka memberi respon yang baik dalam bengkel dan membincangkan secara aktif soalan-soalan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent