Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 28, 2012

Ke Arah Pembentukan KKD Tinosan

Oleh : Pilis Malim



Sandakan :  Sabtu, 20hb Oktober, 2012.  Satu majlis pertemuan diadakan di rumah sdra Peter Amandus di Taman Casasan Uno untuk membincangkan pembentukan Komuniti Kristian Dasar (KKD) di kawasan Tinosan yang meliputi Taman Casasan Uno, Taman Tinosan dan Kompleks Perumahan Anggota Pasukan Polis. Beberapa keluarga dari taman-taman perumahan yang disebutkan hadir. Turut hadir  bersama ialah Rev. Fr Anthony Mikat dan Pengerusi KKD Pusat, sdra Leonie Degullacion dan Timbalan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Katedral (MPP) St Mary, sdra Pilis Malim. 
Anna memimpin doa Rosary

Pertemuan dimulakan dengan doa Rosary yang dipimpin oleh Cik Anna Peter Amandus diikuti dengan sesi pengenalan kepada keluarga-keluarga yang hadir. Seterusnya, Cik Anna selaku pembimbing dalam perbincangan menerangkan tujuan pertemuan adalah untuk merancang penubuhan KKD kawasan Tinosan. Kawasan Tinosan belum mempunyai KKD dan untuk merapatkan hubungan umat Katolik di kawasan ini, maka perlu diwujudkan KKD sepertimana yang telah dilakukan di tempat-tempat yang lain. Bagaimanapun,  proses pembentukan perlu bantuan dari Pasukan KKD Induk.






Pengerusi KKD Induk Paroki, sdra Leonie menjelaskan bahawa cara penubuhan KKD sebenarnya tidaklah begitu rumit. Apa yang penting, kata beliau ialah kerjasama dan persefahaman di kalangan umat dalam KKD perlu diwujudkan kerana ini merupakan faktor penting dalam menjayakan pelaksanaan setiap aktiviti yang dirancangkan. Beliau memberi contoh pengalamannya sewaktu menubuhkan KKD Indah Jaya. Di mana pada mulanya sememangnya terumbang-ambing kerana tidak adanya pengalaman tapi syukurlah kerana atas keyakinan kita beserta dengan doa, segala rintangan yang dihadapi dapat diselesaikan.  Sebelum itu, beliau mengucapkan syabas kepada penganjur pertemuan itu dan berharap tujuan yang disasarkan akan tercapai dan diakhir ucapannya beliau yakin KKD Tinosan akan menjadi kenyataan.





Turut berucap ialah Timbalan Pengerusi MPP sdra Pilis Malim, di mana beliau mengucapkan syabas kepada umat Katolik di kawasan Tinosan di atas hasrat murni mereka untuk menubuhkan KKD. Seterusnya beliau memuji keluarga Peter Amandus kerana mengambil inisiatif dalam usaha ini, juga menjadi hos kepada pertemuan tersebut. Beliau juga yakin dengan kehadiran yang sedia ada menunjukkan bahawa kerjasama sudah terjalin di kalangan keluarga dan ini membuktikan bahawa KKD yang bakal ditubuhkan akan berkembang selari dengan matlamatnya.




Rev. Fr Anthony Mikat merakamkan terima kasih dan syabas kepada keluarga penganjur dan juga kepada semua keluarga yang turut hadir. Dia telah menekankan kepentingan KKD dalam pembentukan dan pertumbuhan iman di kalangan umat. KKD, kata Fr. Anthony adalah selaras dengan konsep kejiranan yang dalam bahasa ibunda kita dipanggil “mogitukad-tukad” yang bermaksud bantu-membantu atau sokong-menyokong antara satu sama lain.






 



Dalam pada itu, sdra Peter Amandus, ketua keluarga yang menjadi hos pada pertemuan itu turut menekankan bahawa KKD Tinosan perlu ditubuhkan, lebih cepat lebih baik kerana kita perlu berbuat demikian selagi semangat dalam keadaan yang masih dan kian menyemerak, 'strike while the iron  is hot', kata beliau.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent