Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 9, 2012

Gereja St. Mark, Sandakan Merayakan Hari Minggu Migran

Jellferlyne Joseph, PKGS

Sandakan : Gereja Katolik St. Mark, salah satu sub-paroki Katedral St Mary, Sandakan telah menyambut Hari Minggu Migran yang ke-98 pada Ahad 30hb September 2012. Perayaan Misa Kudus khas pada 9.00 pagi, telah diselebrankan oleh Fr. Anthony Mikat. Kejayaan sambutan tersebut adalah hasil dari usaha dan kerjasama antara para umat tempatan dan migran.

Selepas Misa Kudus, pihak Komiti Pastoral Gereja St.Mark telah mengadakan satu majlis jamuan ringan di Dewan Mini Gereja St. Mark untuk santapan para umat migran juga umat tempatan yang sering menghadiri Misa Kudus atau Ibadat Sabda di Gereja tersebut. Kira-kira 200 orang umat telah berkumpul pada hari tersebut bagi menyambut hari yang istimewa itu, apatah lagi sambutan tersebut diadakan khasnya buat semua warga migran di Gereja St. Mark. Majoriti umat migran di Gereja tersebut adalah dari Komuniti Indonesia.
Majlis dimulai dengan ucapan daripada En. Dimeh Kyopo, Pengerusi Komiti Pastoral Gereja St. Mark. Ucapan yang disampaikan sememangnya sangat bersesuaian dengan tema yang telah ditetapkan oleh Sri Paus Benedict XVI iaitu “Migrasi dan Penginjilan Baru!”. Beliau mengajak umat tempatan untuk bersama-sama merealisasikan segala apa yang dimaksudkan dengan penginjilan baru; bersama-sama menghulurkan tangan sebagai satu gereja untuk menjangkau kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama, dan budaya.
 
Sr. Lidwina RGS daripada Kongregasi Biarawati Gembala Baik, Jakarta juga berkesempatan menyampaikan ucapan. Beliau telah mengongsikan kisah perjalanan dan pengalaman beliau yang setakat ini sudah bertugas di Tawau dan Sandakan selama 14 bulan. Selain itu, beliau juga turut mengongsikan skop pelayanan beliau selama beliau akan berada di Sandakan sehingga tamatnya tempoh visa beliau selama dua tahun. Harapan dan impian beliau di dalam menyahut panggilan penginjilan baru adalah agar beliau bersama-sama semua umat Katolik khususnya di Paroki Sandakan bersatu dan saling bergandingan tangan untuk membangun setiap peribadi dan keluarga yang tersisih terutama sekali perantau yang berhijrah ke Sandakan untuk mencari nafkah hidup.
Sebaik sahaja ucapan, umat yang hadir dijemput untuk menjamu selera. Jamuan makan tersebut dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan daripada golongan kanak-kanak dan ibu bapa Keluarga Besar Katolik Indonesia (KBKI) dan komuniti tempatan. Jamuan tersebut berakhir pada pukul 1 petang.

1 comment:

  1. Become a Master with ROYALQQ.

    ROYALQQ memberikan BUKTI bukan JANJI.

    200% FAIR PLAY | 200% PLAYER vs PLAYER

    PROSES DEPOSIT DAN WITHDRAW CEPAT HANYA 1 MENIT!
    MINIMAL DEPOSIT 15.000
    BONUS TURNOVER 0.5% [EVERYDAY!]
    BONUS REFFERAL 20% [SEUMUR HIDUP!]

    Kami menyediakan 7 HOT GAMES Terpopuler dalam 1 ID.
    -DOMINO | -BANDARQ | -BANDARPOKER | -POKER | -CAPSA | -ADUQ | -SAKONG ONLINE

    Rasakan bedanya bermain di ROYALQQ.

    REGISTER FREE : https://goo.gl/dQPyud

    Contact Us :
    Call : +855 8771 3624
    BBM : 2B68D666

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent