Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Monday, October 22, 2012

Kem Pertemuan Minggu Gembira, St Dominic, Lahad Datu

Oleh Arjean Avenue


Lahad Datu – Sempena penutupan sesi pembelajaran Pertemuan Minggu Gembira Bahasa Malaysia, Gereja Katolik St. Dominic telah menganjurkan Children’s Camp yang berlangsung selama 2 hari; 13hb dan 14hb Oktober 2012 bertempat di Borneo Paradise. Seramai 140 pelajar dari kelas 4 hingga 6 telah mengikuti program tersebut.

Setelah tiba di Borneo Paradise, program dimulakan dengan sesi suai kenal disusuli dengan tayangan slide show gambar-gambar penglibatan para pelajar dalam aktiviti sepanjang tahun seperti kuiz Alkitab, pertandingan mewarna/melukis, sukaneka dan seminar penyambutan pertama. Program diteruskan dengan sesi mencari harta karun sebelum para pelajar menjamu makanan tengah hari yang telah disediakan dengan bantuan KKD Borneo Paradise. 
Antara pembayang untuk mencari 'harta karun'.
Pada waktu petang, para pelajar menghabiskan masa dengan sukaneka, nyanyian dan games sebelum mempersiapkan diri untuk menghadiri Misa Kudus yang dikendalikan oleh Rv. Fr. Simon Kontou yang turut hadir untuk melihat program ini. Selesai Misa Kudus dan makan malam, para pelajar meneruskan program dengan membuat persembahan dan melaungkan yell kumpulan masing-masing. Acara Camp fire turut diadakan diiringi dengan nyanyian dan tarian.


Setelah seharian bermain dan berseronok akhirnya para pelajar memasuki sesi yang menyentuh mengenai rohani iaitu sesi perdamaian. Dalam keadaan hening dan suasana gelap, lagu dan kata-kata renungan diucapkan oleh pembimbing. Lilin cahaya Kristus diberikan kepada sesama dan juga kepada para pembimbing sebagai tanda perdamaian. Ramai peserta tersentuh sepanjang sesi ini. Gambar Yesus turut diberikan kepada mereka sebelum mereka menyanyikan lagu Selamat Malam Bapa untuk mengakhiri program pada hari tersebut. 


Pada keesokannya, Ahad 14hb Oktober 2012, seawal jam 6 pagi para pelajar memulakan program dengan doa pagi dan senaman tarian ‘poco-poco’ dan ‘Jamilah.' Para pelajar berkesempatan mencatatkan perkongsian pengalaman melalui soalan-soalan yang disediakan. 
Pengerusi PMG, Sdra Sebastian Jude Francis dalam ucapannya memanjatkan syukur kepada Tuhan kerana atas limpah kurniaNya segala yang dirancangkan terlaksana dengan sempurna. Beliau juga berharap agar kem ini dapat memperkukuhkan iman semua peserta. Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan mencari harta karun, sukaneka dan persembahan terbaik. Sesi bergambar diadakan sebagai penutup program ini.

No comments:

Post a Comment

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent