
Sandakan – “Kamu akan menerima kuasa kalau Roh Kudus turun atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku” (Kisah 1:8) – tema Sabah Youth Day yang ke-2 (SYD2). Program lanjutan SYD2 ini telah diadakan di Katedral St. Mary, Sandakan pada 4 April 2009 yang lalu bersempena dengan Perayaaan Hari Belia Sedunia yang ke-24.
Program belia ini telah menyatukan seramai 120 orang para belia dan ibu bapa untuk bersama-sama merenungi penderitaan Tuhan Yesus melalui lakonan Jalan Salib yang dikendalikan sepenuhnya oleh para Belia Katedral St. Mary, Sandakan. Kisah sengsara Yesus ini telah membawa para belia sendiri untuk merenungi salib-salib kecil dalam perjalanan hidup dan merasakan kasih serta pengorbanan Yesus dengan mengatakan ‘Amen’ kepada Rencana Allah – iaitu mati di kayu salib demi penyelamatan umat-umatnya. Komiti Penganjur juga berharap dengan melihat penglibatan anak-anak mereka dalam program ini, para ibu bapa khususnya perlahan-lahan dapat membuka hati mereka untuk hidup berkomuniti dan berjalan bersama dengan anak-anak mereka (para belia) dalam apa jua pelayanan di gereja. “Family that prays together stays together”.



Rektor Paroki, Fr. Thomas Makajil turut turun padang bersama-sama dengan para belia pada hari tersebut. Dengan kehadiran beliau ke acara ini, Komiti Penganjur bertambah bersemangat, merasa disokong dan berusaha untuk membuat yang terbaik bagi menjayakan program seumpama ini. Semasa penggulungan beliau di akhir acara, beliau berkata setiap belia dianugerahi dengan bakat-bakat yang istimewa dan keistimewaan itu amat diperlukan dalam pelayanan belia. Belia Paroki Sandakan kini mempunyai ‘versi tempatan’ Jalan Salib dan ianya amat baik diadakan sebagai ‘pembuka tirai’ Minggu Suci.

oleh : Airene Gumanas
Para belia berjaya mementaskan drama yang bertajuk jalan salib belia. Belia mampu menafsir badai millenium yang menyakiti belia hari ini. Mereka mengerti konflik yang berlaku pada belia mengungkap ini dalam tiap peristiwa jalan salib.
ReplyDeleteGBL