Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 6, 2009

Minggu Palma di Katedral St Mary Sandakan


[PEMBERKATAN DAN PERARAKAN PALMA
MISA KE 2 JAM 9.00 PAGI BAHASA MALAYSIA]

Sandakan: Minggu Palma dirayakan di Katedral St Mary, pada 5hb April 2009 dengan kehadiran lebih dari 1,500 umat beriman yang telah berhimpun di hadapan Dewan Katedral awal sebelum perayaan dimulakan. Bapa Uskup Julius Dusin Gitom DD mewartakan bacaan Injil Markus 11:1-10 yang menerangkan ketibaan Yesus ke Yerusalem dengan diiringi sorak sorai daripada orang-orang yang menyambutnya dengan daun-daun palma sambil berseru, “Hosanna! Diberkatilah Dia yang datang dalam nama Tuhan, diberkatilah Kerajaan yang datang, Kerajaan bapa kita Daud, Hosanna di tempat yang maha tinggi.”

[SELEBRAN: YANG MULIA RT. REV. BAPA USKUP JULIUS D. GITOM]

Sebaik sahaja bacaan Injil, Bapa Uskup Julius memberkati daun-daun palma dan para umat yang sedang memegang daun-daun tersebut sebagai simbol kegembiraan atas kemenangan menentang ‘musuh’ utama iaitu dosa kita sendiri. Mereka kemudian balik ke Katedral bagi meneruskan perayaan ekaristi dengan berarak dari Dewan ke Katedral yang didahului pelayan altar, pewarta, pelayan komuni, Bapa Uskup, koir dan diikuti pula oleh semua umat.

[UMAT KATOLIK DARI BERBAGAI BANGSA]

Berlandaskan kepada jalan cerita Minggu Palma, pengikut-pengikutnya yang menyambut ketibaan Yesus ke Yerusalem dengan megah dan gembira juga adalah diantara orang-orang yang menuntut kematian Yesus. Ini diumpamakan seperti menikam Yesus dari belakang dan hidup dalam kepura-puraan malahan tidak setia kepada Yesus. Bapa Uskup mengajak para umat agar merenung tentang kekuatan dan komitmen mereka terhadap iman mereka, tentang kekerapan berlakunya ketidaktaatan kepadaNya dan tidak konsisten mempertahankan ajarannya. Beliau menyeru kepada semua agar mengikis sikap sedemikian dalam menjalani hidup sebagai Kristian Katolik yang sejati.

[UMAT BERIMAN MENYAKSIKAN DARI JAUH]

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent