Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 8, 2009

Pembaptisan pada Hari Paska

Sandakan: Khamis Putih atau Khamis Suci adalah hari Khamis sebelum Paskah yang dirayakan di Katedral St Mary pada 9hb April 2009 pada jam 7.30 malam. Umat Katolik akan memperingati bahawa hari itu adalah hari Perjamuan Tuhan , di mana Kristus melakukan kerja membasuh kaki muridnya tanda betapa rendah diri Yesus serta kesanggupannya untuk melayani pengikut-pengikutnya. Acara ini memulakan perayaan Ekaristi di Gereja.


Jumaat Agung pada 10hb April 2009, pukul 1.30 petang akan menyaksikan para umat beriman menyertai dalam acara jalan salib buat kali terakhir dalam musim pra-paskah ini. Empat belas salib akan ditempatkan di sepanjang jalan dari Katedral ke Konvent St Mary. Selebran bersama dengan umat beriman akan berjalan dan berhenti dari satu stesyen ke satu stesen diiringi dengan lagu-lagu rohani serta merenung dan memperingati peristiwa perjalanan sengsara yang dialami Yesus Kristus pada setiap stesen. Malam Paskah pula akan berlangsung pada 11hb April 2009 pukul 8.00 malam dimana 33 calon dan katekumen akan mengambil bahagian dalam acara inisiasi Kristian dewasa dan kanak-kanak.


Pada tahun ini Keuskupan Sandakan akan menikmati hasil tenaga usahanya dalam ladang Tuhan, dimana 382 calon IKD dan IKK akan dibaptiskan dan disambut ke Keluarga Iman Katolik. Berikut adalah analisis bilangan katekumen yang akan ditampilkan untuk menerima Sakramen Pembaptisan kelak;


Katedral St Mary, Sandakan -114 calon


Gereja Holy Trinity, Tawau -50 calon


Gereja St Martin, Telupid -58 calon


Gereja St Dominic, Lahad Datu -160 calon


Berikut adalah perkongsian iman daripada dua orang calon baptis (IKD) :



Michael A/K Jamat

Saya ingin berkongsi mengenai pengalaman saya semasa menyertai kelas IKD ini. Sebelum saya menyertai kelas tersebut, terdapat satu kejadian yang menimpa diri saya yang menyebabkan saya ingin mengenali agama Kristian dengan lebih mendalam lagi. Masa kejadian tersebut, saya sedang memandu dari Bandar Sandakan pulang ke rumah dan pada ketika itu hujan turun dengan lebat sekali. Tiba-tiba, tayar belakang kereta saya pecah masa saya memandu laju menuruni bukit dan saya terbabas masuk ke dalam gaung dan apa yang berlaku dalam masa beberapa saat semasa kemalangan tersebut, saya sempat memohon perlindungan daripada Tuhan agar terselamat dari kemalangan tersebut. Apa yang menghairankan pada masa tersebut, saya terselamat tanpa sebarang kecederaan dan kereta saya pun tidak mengalami sebarang kerosakan kecuali tayar belakang yang pecah tadi dan saya masih lagi dapat memandu keluar dari gaung tersebut tanpa pertolongan dari orang lain.

Saya amat bersyukur kerana selepas kejadian itu saya mula datang ke gereja dan ingin mengenali Tuhan dengan lebih dekat lagi. Sebenarnya saya susah untuk tidur malam kerana saya sering “diganggu”. Hal ini berlaku sejak sekolah menengah lagi. Saya sering terasa dihimpit oleh sesuatu dan sukar untuk bernafas. Saya juga telah cuba untuk mengatasi masalah tersebut dari segi perubatan tradisional tapi tetap sama. Saya seperti sering diekori walaupun berpindah rumah dan benda itu tetap mengganggu saya hampir setiap malam. Pernah juga saya ceritakan kepada rakan-rakan saya sehingga mereka katakan yang “benda” itu adalah seorang gadis cantik. Saya tahu yang mereka mengejek saya atau tidak percaya apa yang saya ceritakan pada mereka, hinggakan pada satu malam apa yang saya nampak tidak akan saya lupakan. Saya seperti separuh sedar ketika itu dan benda itu datang lagi. Saya tidak boleh bernafas tetapi saya boleh melihat keadaan sekeliling saya, hampir dalam masa satu minit juga saya meronta-ronta cuba bernafas dan bersuara tetapi masih gagal hingga saya rasa lemas, putus asa dan hanya berserah sahaja. Tiba-tiba pandangan saya bertukar kepada sesuatu yang saya tidak sangka saya dapat lihat selama ini, walaupun keadaan pada masa itu gelap namun saya masih dapat melihat tapak tangannya yang kurus, besar dan berkuku panjang sedang menutup seluruh muka saya. Saya hanya dapat melihat dari celah jari jemarinya, dan berusaha utuk melihat mukanya tetapi dengan tiba-tiba saya tersentak, dan ia hilang dari pandangan...

Namun semasa saya mula pergi ke gereja dan menyertai kelas IKD ini, benda tersebut tidak pernah muncul lagi. Saya juga kadang-kadang hampir terlupa yang benda tersebut mengganggu saya hampir setiap malam. Dengan pengalaman ini, saya percaya dengan mendekatkan diri kita pada Tuhan dapat menghindar diri kita dari kuasa-kuasa jahat namun pada masa yang sama kita akan menghadapi godaan dan kuasa jahat tersebut seperti apa yang berlaku pada saya minggu lepas semasa calon-calon baptis dipanggil ke depan untuk upacara pertobatan, saya terasa seperti lemas, sakit perut dan gastrik saya pun timbul pada masa upacara tersebut dan hampir-hampir saya hendak meninggalkan upacara itu. Namun dengan kekuatan yang masih tinggal serta doa dari penanggung saya yang mungkin telah mendoakan saya pada masa itu, semua sakit itu hilang dalam sekelip mata dan saya rasa badan saya seperti ringan sangat pada masa itu. Saya percaya yang “Mr.S” tidak akan melepaskan kita yang telah biasa dengan kejahatan dengan sewenang-wenangnya. Selagi ada ruang dia akan terus memujuk kita kembali kepadanya dan saya bersyukur pada Bapa Syurgawi kerana telah membantu saya mengharungi segala pahit manis dugaan yang datang dalam masa 2 tahun ini. Syukur pada Tuhan...

Marilini Jamal

"Kenapa saya memilih Kristian RC, memilih untuk mengikuti IKD dan bersedia pula dibaptis"

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent