Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label sandakan. Show all posts
Showing posts with label sandakan. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

SUNDAY SCHOOL (English Section) 2011 YEAR-END CLOSING

The Opening hymn
Fr Thomas the rector (front row 5th from left) with the animators
Sandakan : This year the closing of St Mary's Cathedral Sunday School Session of the  English section  was held on the 7th November 2011. Being a public holiday, parents took the opportunity to particpate in the event. Children started arriving as early as 8.00 am in preparation for the day's event. Including the students, close to about 500 attended the event.
Sr. Liliana in her opening address
Sr. Liliana fsic the Co-ordinator of the Sunday School in her opening speech expressed her deep appreciation to the animators for their enthusiastic service and support. In additon she also took the opportunity to thank the parents of the students for their dedication in ensuring that their kids are brought up in the faith. However, she reminded that though the Sunday School session is closed, faith building does not end. The closing actually means a pause only.
Level One Students kicking off the presentation
                 Level 3 students presenting a summary of their assignment on the 7 Sacraments  
The year one and two students kicked off the presentation with their rendition of popular songs. This was followed by 4 students of the senior level who gave testimonies of their understanding of the sacraments of the Church. All gave a good insight into the introduction of the seven Sacraments.
        Picture gallery of Sunday School activities. 
Rosemary Neubronner Ngui the English section coordinator in her speech stressed on the need of closer and more active particpation of parents. She expressed her appreciation to the parents for their kind and understanding support. In addition she was also grateful to the team of her fellow animators for their voluntary service. She also took the opportuniy of thanking Sr. Liliana fsic for her service and guidance. Sr. Liliana fsic will be on transfer to the Diocese of Keningau next year.
Outside the Parish Hall, Level Six students
terrencengui diocesan soccom

Tuesday, November 30, 2010

Coadjutor Archbishop John Wong's Home Coming Visit


Welcoming the Coadjutor Archbishop of KK, Most Rev John Wong

Sandakan : Most Rev John Wong, the Coadjutor Archbishop of Kota Kinabalu ordained on 1st October 2010 made a 'home coming visit' to St Mary's Cathedral Parish on Saturday 27th November 2010. Bishop Julius Dusin Gitom, accompanied by members of the Cathedral Parish Pastoral Councilors and more than 80 parishioners from the four parishes who were coincidentally in Sandakan, attending the 'Facilitators' Training Program' were at the airport to welcome Most Rev John Wong.
Bishop Julius lighting the 1st candle of the Advent wreath
Most Rev John Wong presided the Sunset Mass, the 1st Sunday of Advent at the Cathedral con celebrated by Rt Rev Julius. In his homily to a packed Cathedral he explained about the season of advent, the wreath and the four candles. The candles represent the four weeks of Advent. Three of the candles are purple, reminding us of the penitential nature of the season. A rose or pink candle is lit for the Third Sunday of Advent, also known as Gaudete (rejoice) Sunday.The wreath should be in a circle, a symbol of eternity, and a reminder that God has no beginning nor end. He is the Alpha and the Omega. He called on the people to stay awake, be vigilant and pray always.
After the celebration he took the opportunity to address the congregation. He said that he is a man of few words and would just like to mention three things.

'First, I want to thank Bishop Julius for granting me this privilege to preside the Eucharistic celebration at the Cathedral. Second, I am really honored to be accorded a warm welcome by so many parishioners at the airport. I am simply overwhelmed. Third, I thank God that the people of my home parish had grown much in faith'.

Right after mass, Bishop Julius, Fr Thomas Makajil, Deacon David and the Cathedral Parish Pastoral Councilors led the Coadjutor Archbishop to the Parish Hall for a subscribed dinner, attended by some 400 parishioners. Also present at the event were Bro John D Cruz, who was facilitating the 'Facilitators' Training Program', the Franciscan and the Good Shepherd Sisters and representatives from Tawau, Lahad Datu and Telupid.

The setting of the reception in the Parish Hall

The eleven aspirants from the Catholic Diocesan Centre (CDC) were at the event

Fr Thomas saying Grace before meal

Most Rev John Wong, is a man of few words, preferring and believing to show his service and love through action and not words. He shared four points when called upon to address the people.

He said, 'Firstly, I was shocked to learn of my appointment as there are more senior and capable priests. Why me? Secondly, I fear because of the challenges ahead and the heavy responsibility awaiting me. Thirdly, I feel sad because I am suppose to come home to serve my own parish. Now, it seems that's not possible. Finally, I am excited in a way as I prepare to shoulder the thrust bestowed upon me. God has chosen me and I am confident He will lead and show me the way'.


Bishop Julius in his address acknowledged that Most Rev John Wong as he had known him, has all the making as a Bishop for he is a very humble, gentle, loving and a caring priest.

He went on to say, 'We are very proud that Most Rev John Wong who hails from the Cathedral Parish is now the Coadjutor Archbishop of Kota Kinabalu. Should you take a break from your heavy schedule, please come home. We welcome you'.

'I hope the Coadjutor Archbishop will help us by sending us a mandarin speaking priest or if that's not possible any other priest would be most appreciated, as that would mean a great relief to our priests'.

He said, 'As we thank God for His blessings, I call on the people of God to respond to the call to work in His vineyard'.
Bro John D Cruz and the religious sisters.


Most Rev John Wong greeting the people


Presentations by the youth, BEC members, prayer group and the Chinese community

In the course of the dinner, there were performances presented by members of the various BECs, the Chinese community, the prayer group and the youth apostolate.

ds

Wednesday, September 9, 2009

HARI PAROKI GEREJA ST. MARY, SANDAKAN

Malam Hari Paroki St. Mary
ALL FOR CHRIST, CHRIST FOR ALL – Inilah tema sempena Perayaan Hari Paroki Gereja St. Mary yang telah berlansung pada 16 Ogos 2009 lalu. Lebih kurang 500 umat dari seluruh paroki St.Mary Sandakan termasuk outstasi datang beramai – ramai memenuhi Dewan Paroki St.Mary bersama – sama memeriahkan suasana Hari Paroki. Umat yang hadir bukan sahaja membawa keluarga masing – masing malah membawa juga makanan yang pelbagai untuk dikongsikan bersama-sama sempena perayaan yang hanya dianjurkan setahun sekali. Turut hadir dalam perayaan ini ialah Bishop Julius Dusin Gitom, Fr. Thomas Makajil, Fr. Paul Lo, Sister Apollonia, Sr. Liliana dan Sr. Lilian.
Pengacara Cristopher Aban dan Stephen Yong

Fr. Thomas Malkajil Rektor Paroki Katedral St. Mary Sandakan
Sememangnya seronok melihat semua generasi dikumpulkan dalam satu perayaan. Tidak kira tua , muda atau semuda kanak –kanak, semua yang hadir adalah satu keluarga. Fr. Thomas Makajil dalam ucapannya menjelaskan bahawa melalui perayaan seumpama ini kesatuan umat kristian dari pelbagai bangsa dan kaum dapat dibentuk. Beliau juga menyarankan agar perayaan seumpama ini diteruskan agar semua pihak termasuk outstasi dapat melibatkan diri.
Roger Julius
“…Kristus mengorbankan diriNya kerana cinta dan kasihNya untuk setiap kita yang ada disini. Raihlah anugerahNya dan milikilah kasihNya. Biar nama Kristus didengar bahawa DIA telah mati bagi semua dan semua bangsa hidup bagi Dia…”
- ALL FOR CHRIST, CHRIST FOR ALL -” Disampaikan oleh Adik Roger Julius.

Philip Mosinoh
En.Philip Mosinoh wakil dari Majlis Pastoral Paroki, dalam ucapannya lebih menekankan penglibatan belia sebagai ‘back bone of the church’ yang mana mereka merupakan tunggak kepimpinan gereja dimasa akan datang dan contoh kepada generasi yang lebih muda.
Franciscan Sisters Immaculate Conception (FSIC)

Tarian Modern


Tarian Tradisi
Tarian moden berlatarkan lagu ‘JESUS, YOU ARE MY NO.1’ yang telah dipersembahkan oleh belia remaja dari Tim Rakan Belia – Remaja (TRBR), merupakan acara pembuka tirai bagi majlis tersebut. Sejurus selepas pemberkatan makanan oleh Bishop Julius Dusin Gitom, semua paderi, religious dan wakil – wakli MPP dijemput naik di pentas untuk upacara pemotongan kek dan ‘toast’.
Selama-lamanya


Majlis Hari Paroki ini juga dimeriahkan dengan gabungan dua pengacara, Cristopher Aban dan Stephen Yong dan persembahan – persembahan tarian modern dari belia – belia Filipino Pastoral Committee (FPC), Junior Catholic Choir dan nyanyian koir yang merdu para belia dari Chinese Coordinating Committee (CCC) juga dari koir paroki. Belia – belia outstasi juga tidak ketinggalan dengan persembahan tarian tradisional (mengalai) dari Our Lady of Fatima dan persembahan kreatif kitchen band dari St. Paul, Ulu Dusun. Penyeri majlis pada malam itu adalah persembahan comel dan bersemangat dari kanak – kanak sekolah minggu.



Persembahan Koir

Tarian modern oleh belia Timor

Juru teknik dan ahli musik

Hadiah misteri
Hadiah hamper
Majlis Perayaan Hari Paroki Gereja St. Mary diakhiri dengan doa penutup dari Bishop Julius Dusin Gitom.

Komiti Perayaan Khas Paroki (Parish Social Function Committee) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ketua – ketua kumpulan gereja (termasuk outstasi), individu – individu yang baik hati diatas kerjasama dan dorongan yang diberikan dalam menganjurkan perayaan ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua umat yang hadir kerana sokongan yang diberikan dalam menjayakan Hari Paroki Gereja St.Mary, Sandakan 2009. Semoga berkat dan Cinta Kasih Tuhan bersama kita semua.

ALL FOR CHRIST, CHRIST FOR ALL - psfc

Friday, July 10, 2009

Program Anjuran Tim Pelayanan Muzik Belia, Katedral St Mary, Sandakan

Kem Muzik dan Konsert - ‘Dahsyat, Engkau Hebat!’


*** Sila klik pada gambar untuk melihat gambar yang lebih jelas dan bersaiz besar. Terima kasih.


Tim Penganjur

[Kiri-Kanan (Berdiri)] Donny Lee, Roland Escobido, Cristopher Aban, Kenny Lai, Rodney R. Sining, Roney R. Sining dan Eloise Abragan

[Kiri - kanan (Berlutut)] Miriam Lee, Roselyn AB, Maria Lourdes Dy, Pearl B Lim, Arlene Abel dan Dulcie Fiel



Sandakan: ‘Saksikan pada dunia, penebusan yang mulia, kuasa SalibMu sempurna…’ Begitulah serba sedikit lirik lagu tema yang dipilih untuk Kem Muzik dan Konsert itu, bertajuk ‘Dahsyat, Engkau Hebat!’. Apabila terdengar atau terbaca buat pertama kali tema tersebut, mungkin membuat kita tertanya-tanya apa atau siapakah yang begitu dahsyat sehingga begitu hebat. Tema ini sebenarnya diinspirasi dari ayat suci alkitab, Mzm 8: 2 ‘Ya Tuhan, Tuhan kami, betapa mulianya namaMu di seluruh bumi! KeagunganMu yang mengatasi langit dinyanyikan.’ Siapakah yang lebih hebat kalau bukan Tuhan Yesus. Dia menyerahkan dirinya untuk wafat di kayu salib bagi menebus dosa-dosa kita. Justeru itu, bermula dari membuat persediaan sehingga tamatnya program ini, tumpuan utama adalah khusus buat YESUS KRISTUS.




Triduum Persiapan Rohani (8hb ~ 9hb Jun 2009)

Dengan bimbingan Sr Appolonia Gumpu dan Sr Liliana Gubud, fsic, sebagai memperhebat persiapan pihak penganjur, satu Triduum Persiapan Rohani telah dibuat sebelum bermulanya Kem Muzik dan Konsert tersebut. Hari pertama iaitu pada 8hb Jun 2009 telah dihadiri oleh Tim Penganjur dan Tim Belia Paroki Katedral St. Mary, Sandakan. Sebagai pembukaan triduum, mereka diajak merenung ayat-ayat dalam Maz 8. Hari kedua pula mereka merenung peristiwa-peristiwa sedih dalam hidup Yesus dengan berdoa Rosari dan diselitkan lagu-lagu pujian. Pada hari terakhir mereka merayakan Para Liturgi Khas di mana mereka mengulangi perbuatan Yesus terhadap pengikut-pengikutnya iaitu penyucian kaki secara bergilir-gilir sesama mereka. Ini bertujuan untuk memberi kesempatan kepada mereka bagi merenung peribadi masing-masing agar dapat saling bermaafan atas kesilapan dan kelemahan serta merendahkan diri untuk melayani sesama khususnya sewaktu dalam proses persiapan program tersebut.


Kem itu telah dijalankan selama 3 hari 2 malam (bermalam) iaitu pada 12hb hingga 14hb Jun 2009 bertempat di Dewan Paroki Katedral St Mary, Sandakan. Seramai 96 orang belia telah menyertai program ini di mana 70 orang adalah dari Katedral St Mary, 10 dari Gereja St Paul, Ulu Dusun, 11 dari Gereja Our Lady of Fatima, Beluran dan 5 orang lagi dari Gereja St Dominic, Lahad Datu.






Aksi-aksi beberapa kumpulan peserta dalam aktiviti mencipta rentak lagu menggunakan peralatan dapur.



Sepanjang kem ini, pelbagai input telah mereka terima melalui ceramah-ceramah yang dikendalikan dalam gabungan Bahasa Melayu dan Inggeris. Penceramah-penceramah jemputan adalah terdiri daripada Fr Thomas Makajil, Rektor Katedral St Mary dengan tajuk ceramahnya, Faith & Music dan Sr Liliana Gubud, fsic memperkatakan tentang Music & Liturgy. Selain itu, dua orang yang cukup berpengalaman dalam muzik turut menjadi penceramah pada kem tersebut iaitu saudara Romeo Cordova yang memperjelas tentang Praise & Worship dan saudara Michael Lai dengan ceramahnya bertajuk Music in Old and Modern World. Semua ceramah tersebut dapat disimpulkan bahawa kita dapat membina iman melalui muzik dan pelayanan dalam muzik berbeza dari segi caranya dimainkan mengikut tujuan, situasi dan tempat serta muzik juga akan berubah selari dengan peredaran zaman. Selain ceramah, pelbagai aktiviti juga dijalankan antaranya ialah mencari harta karun dan mencipta tarian dari lagu-lagu rohani. Aktiviti tersebut melatih para peserta untuk berkerjasama dalam kumpulan. Sesi menyanyi dan penghayatan lagu bersama juga ada iaitu Music Heals dan Expression of Music dengan iringan kugiran.



(Kiri) Fr Thomas sewaktu doa pembukaan konsert Y2J 2009
(Kanan) Sr Liliana gubud bersama belia turut hadir menonton konsert.




Kehadiran umat menambah semangat kepada Tim Penganjur untuk melakukan konsert yang terbaik.



Ahli kugiran bermain alat muzik dan menyanyi dengan dengan penuh perasaan pada konsert tersebut membuat para peserta dan hadirin terpaku, terharu...

Pada malam 13hb Jun, selepas Misa Kudus petang, Konsert Y2J 2009 telah dilangsungkan di tempat yang sama. Fr Thomas Makajil, Sr Liliana, fsic dan sebilangan umat awam turut hadir memberi sokongan kepada acara tersebut dan sama-sama bergembira menyanyi bagi Tuhan. Sebelum konsert bermula, para peserta mengikut kumpulan mempersembahkan hasil kekreatifan mereka mencipta rentak lagu menggunakan peralatan dapur. Kemudian, selepas Fr Thomas memimpin doa pembukaan, konsert telah dimulakan dengan lagu-lagu pujian antaranya adalah lagu Tema iaitu Dashyat, Engkau Hebat (True Worshippers Youth), I’m Not Ashamed (Hillsong United) dan Shout Your Name (Hillsong Australia). Para peserta mengambil kesempatan ini untuk memuji sepenuh jiwa dan raga bagi Yesus di mana mereka tanpa segan silu melompat, menyanyi dan bersorak bersama demi merasai keghairahan terhadap kedashyatan cinta kasih Tuhan. Ahli-ahli kugiran pada malam tersebut merupakan belia dari Tim Pelayanan Muzik Belia Katedral St Mary iaitu pihak penganjur yang mempunyai pengalaman lebih kurang 10 tahun dalam muzik. Mereka adalah Christopher Aban sebagai pemain Gitar Akustik dan Worship Leader, Maria Lourdes Dy, Roland Escobido, Roselyn AB, Pearl B Lim dan Arlene Abel sebagai para penyanyi latar, Donny Lee, pemain Dram, Eloise Abragan pemain Gitar Bass, Kenny Lai memainkan Gitar Utama, Dulce Fiel, pemain Keyboard, Rodney Roger Sining sebagai pemain Gitar Akustik ke-2 serta Roney Roger Sining, pemain percussion. Selepas lagu pujian, para peserta dan hadirin diajak berdiam untuk menghayati lagu-lagu penyembahan pula iaitu antaranya, Jadi sepertiMu (True Worshippers Youth) dan To the Ends of the Earth (Hillsong). Saat tersebut, karunia bahasa Roh Kudus turun ke peribadi yang menyembah Tuhan dengan segenap hati memberikan kelapangan jiwa yang tidak dapat diluahkan melalui kata-kata hanya dapat menitiskan air mata yang menandakan diri sendiri sungguh kerdil di hadapanNya, hamba yang lemah serta merendahkan diri, melupakan segala hal duniawi demi meletakkan Kristus di tempat teratas. Amen!










Nyanyian yang tulus dan dengan segenap hati memanggil kehadiran Roh Kudus sewaktu konsert.

Pada hari berikutnya, sebagai sesi penamat Kem Muzik dan Konsert Y2J 2009, satu sesi prayover khas telah dikendalikan oleh para pembimbing dari Star of Yahweh Covenant Community (SYCC). Pada sesi tersebut, para peserta didoakan dengan bantuan Roh Kudus bagi menyentuh hati dan membakar semangat mereka agar menjadi berani dan kuat untuk menjadi Saksi Kristus, menjalankan misi mereka sebagai belia dengan menyebarkan pegalaman berharga sepanjang kem, menginjil serta melakukan pelayanan mereka melalui muzik.


Sambil para peserta menjalankan misi tersebut, Tim Pelayanan Muzik Belia Katedral St Mary, Sandakan juga ada misi tersendiri. Mereka mempunyai program susulan bagi tahun ini iaitu Y2J Music Acoustic Praise & Worship – Mini Concert yang dijangka akan berlangsung pada bulan September dan Y2J Musical Christmas In Jazz pada bulan Disember. Doa kita panjatkan kepada Bapa di Syurga agar pelayanan mereka menghasilkan banyak buah yang baik.


Oleh DSsj


*** Perkongsian dari beberapa peserta dan pihak penganjur akan menyusul kemudian.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent