Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 12, 2017

PROGRAM 'KEEP IN TOUCH ALWAYS' DI HOLY TRINITY TAWAU

Laporan Oleh : Gregory Micheal Harumal dan Esther Alim Albert 



Tawau - Pelayanan Kampus Holy Trinity Tawau telah mengadakan program tahunan Keep In Touch Always pada 8 April 2017 yang lalu. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan awal tentang cabaran belia masa kini semasa melanjutkan pelajaran mahupun bekerja dan jauh daripada keluarga. Banyak isu dan informasi telah dikongsikan kepada belia tentang bagaimana untuk terus mendalami iman Katolik di zaman globalisasi ini.


Puji-pujian dan sesi berkenalan.
Program ini dimulakan dengan lagu pujian dan sesi berkenalan antara peserta dan AJK pelaksana. Empat (4) sesi telah dijalankan, sesi pertama ialah "Realiti kehidupan di Kampus" yang disampaikan oleh Puan Esther Albert. Diikuti dengan sesi "Menghidupi Iman Katolik Saya" oleh Cikgu Petrus Bernadus yang menjelaskan betapa pentingnya untuk terus membajai iman Katolik semasa berada di pengajian tinggi mahupun bekerja jauh dari keluarga serta mengongsikan beberapa website yang boleh membantu belia mendalami iman Katolik. Program diteruskan dengan sesi ke tiga iaitu "Hak dan Tanggungjawab" dan Ajaran Sosial Gereja Katolik yang berkait turut diterangkan. Sesi terakhir adalah sesi "Melihat Ke Hadapan". Para peserta dinasihatkan untuk membuat perancangan dalam kehidupan dan mempunyai pendirian dan bukan hanya mengikut kawan semasa membuat keputusan berkenaan sesuatu perkara.

          Dalam program ini juga, salah seorang bekas pelajar kampus iaitu saudara Gregory Micheal Harumal telah memperkongsikan bagaimana dia kekal bergiat aktif dalam pelayanan pelajar Katolik semasa belajar. Puan Julita Kantod juga turut memberikan nasihat dan perkongsian mewakili Ministri Kehidupan Berkeluarga kepada para belia tentang cara hidup yang baik semasa berjauhan daripada keluarga. Puan Julita juga mengongsikan realiti belia Katolik yang berada jauh dari keluarga yang terjebak dalam situasi seperti terlibat dalam seks sebelum berkahwin dan tinggal bersekedudukan. Tujuan beliau mengongsikan realiti ini di dalam program KITA adalah untuk kesedaran bersama bahawa hal seperti ini adalah bertentangan dengan ajaran Katolik dan perlu dihindari.

Perkongsian dari peserta

Peserta yang memberikan maklum balas berasa sangat bersyukur kerana program ini dapat membantu mereka dalam membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran.



No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent