Artikel Oleh Dominggus.
Gambar Oleh Dominggus & Simon.
Lahad Datu – Seramai 30 Baptisan
Baru kelas Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) daripada 36 yang dibaptis tahun ini,
telah mengikuti aktiviti berkelah di taman rekreasi Taliwas bersama keluarga,
kawan-kawan dan pembimbing bagi meluangkan masa bersama, untuk perpisahan dalam
pembelajaran mereka di kelas IKD. Aktiviti ini telah dianjurkan pada 10 Jun
2017 oleh pihak Pembimbing atas persetujuan para Baptisan Baru.
Seawal jam 7:30 pagi, semua yang
mengikuti aktiviti ini telah berkumpul di kawasan lapangan gereja St. Dominic dan
bertolak pada jam 8:30 pagi ke taman rekreasi Taliwas. Sebaik sahaja tiba,
aktiviti bermula dengan doa pembukaan oleh saudara Bob Remon selaku Penyelaras
Pembimbing IKD.
Doa pembukaan oleh Bob Remon
Aktiviti ini dimulakan dengan
permainan yang dibahagikan kepada 3 kumpulan, dan setiap kumpulan masing-masing
mengenakan pakaian “Merah, Biru dan Hitam”. Setiap satu kumpulan mempunyai 10
orang ahli. Antara permainan yang dipertandingkan ialah ‘Dance Battle, Elephant Trunk, Walking In The Air, Catterpillar Dance,
Running Man dan Flying UFO’
dimana sebahagian keluarga, kawan-kawan serta para pembimbing turut serta dalam
permainan bagi memeriahkan lagi aktiviti ini. Aktiviti ini di selenggarakan
oleh saudari Elaine Alejandro selaku pembimbing IKD.
Selepas aktiviti ini berakhir, semua
yang berpatisipasi berehat untuk makan tengah hari dan doa makan dipimpin oleh
saudara Bob Remon. Aktiviti mandi sungai menyusul sehingga jam 1:30 petang
diikuti sesi perkongsian dari para baptisan baru serta ucapan oleh para
pembimbing.
Dalam perkongsian para baptisan
baru, mereka berterima kasih kepada Kristus yang telah menyelamatkan mereka di
dalam kolam pembaptisan dimana dosa mereka telah dihapuskan dan bangkit dengan
jayanya bersama Kristus serta berterima kasih kepada para pembimbing yang telah
berkorban masa dan tenaga. “Walaupun selama berada dalam kelas, ada waktunya
faham dan tidak faham tetapi kerana usaha para pembimbing yang mahu kami
berjalan bersama Kristus, akhirnya kami lulus dan dibaptis. Semoga para
pembimbing terus berjuang dan bersemangat dalam pelayanan ini”.
Para pembimbing dalam sesi perkongsian
berkata, “Diharap para baptisan baru terus aktif ke gereja dan ambillah antara
pelayanan di gereja supaya api iman kamu yang masih menyala itu terus dibakar
dalam pelayanan agar sentiasa hidup dan berkarya di dalam hidup kamu, dan janganlah
sia-sia kan apa yang telah kamu terima dan berjuang selama di kelas IKD pada
hari pertama iaitu kamu mahu mencari iman dan seperti dalam Injil Matius 7 :
7-8 ‘Mintalah,
maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka
pintu akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan
setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya
pintu dibukakan.’ Kamu telah
berjuang demi Yesus dan telah mendapat hasilnya dari apa yang kamu minta, iaitu
iman kamu kepada Yesus dan telah menjadi Garam dan Terang dunia. Akhir kata
dari kami, tahniah kepada semua baptisan baru dan semoga pengalaman kamu
bersama kami para pembimbing selama ini dapat membawa kamu terus berjalan
sebagai seorang Katolik yang penuh dengan iman dan cinta kasih. Tentunya kami
sebagai pembimbing juga berharap agar setiap anak didik kami yang akan datang
akan melalui pengalaman cinta kasih Yesus di dalam kelas IKD ini seperti kamu
juga”.
Perkongsian Para Baptisan Baru
Elaine Alejandro selaku Pembimbing IKD
Selepas sesi perkongsian, para
baptisan baru telah menyediakan cenderahati kepada para pembimbing sebagai
kenangan disusuli penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti permainan serta bergambar
bersama sebagai aktiviti penutup. Aktiviti selesai kira-kira pukul 4:15pm.
No comments:
Post a Comment