Tim Dokumentasi & Publisiti YPL Batch 7
Sandakan - YouthPrepLink (YPL) kini kembali di Keuskupan Sandakan. Ini merupakan penganjuran Komisi Kerasulan Belia Keuskupan kali ke tujuh.
Program ini merupakan satu program yang diinisiasikan oleh Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS) pada tahun 2005. Program ini bertujuan untuk membawa kesedaran dan pembelajaran kepada belia - belia di kawasan luar bandar. Selain itu intensi program ini adalah untuk menyediakan para belia bagi menghadapi dan menangani realiti budaya dan sosial yang dialami dalam masyarakat apabila merka berhijrah dari luar bandar ke bandar di lokasi untuk mencari dan melanjutkan pelajaran dan pekerjaan.
Walaupun pendekatan utama modul program ini dilakukan khusus buat para belia dikawasan luar bandar, namun melihat kepada situasi dunia masa kini, belia - belia dari kawasan separa bandar dan bandar perlu di ambil kira juga. Ini disebabkan kebanyakkan belia lepasan sekolah pasti akan berhijrah keluar dari kawasan masing - masing untuk tujuan melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan.
YPL batch 7 hari pertama dimulakan dengan pendaftaran diikuti dengan makan malam pada jam 6.00pm. Sejurus selepas makan malam, acara diteruskan dengan Time of Life yang dipimpin oleh Jason Alexander, dari graduan batch 4 (2014) bersama - sama dengan graduan - graduan yang lain. Beberapa 'games' diadakan sebagai ice breaking antara peserta.
Program hari pertama diteruskan dengan ucapan alu - aluan oleh Kordinator Kerasulan Belia Paroki Sandakan, saudari Reginia Jane Hugo. Saudari mengharapkan para belia yang mengikuti program ini akan dapat menfaat pengalaman dan pembelajaran yang akan mereka perolehi selama dua minggu ini.
Acara diteruskan dengan penayangan video perkongsian dari graduan - graduan batch 1 sehingga 6 yang kini sedang melanjutkan pelajaran di menara gading dan graduan - graduan yang bekerja. Mereka telah memperkongsikan pengalaman mereka semasa menyertai YPL dan bagaimana pengalaman itu telah membantu mereka sebagai pelajar dan juga sebagai seorang yang bekerja.
Angelic Del Rosario, graduan dari batch 4 (2014) telah menyampaikan pengenalan berkenaan youthpreplink. Peserta dikongsikan apakah YPL itu dan intipati keseluruhan program tersebut.
Fasilitator - fasilitator batch 7 telah diperkenalkan dan seterusnya diikuti dengan sesi "Disiplin" yang disampaikan oleh Randy Cheah, graduan dari batch 3 dan Brad Lim, graduan dari batch 2 dan 4. Sesi "disiplin" ini adalah bertujuan agar para peserta dapat membentuk jatidiri dan hormat - menghormati antara sesama.
Sejurus selepas itu Roynner Patrick Assang, graduan dari batch 6 (2016) telah membawa semua peserta dalam sesi Expectation Check. Peserta dibawa untuk merenung berdasarkan soalan - soalan berikut: 1. Apakah ekpektasi / harapan anda untuk YPL level 1? 2. Apakah cabar / halangan yang kamu hadapi untuk mencapai harapan itu? 3. Apakah yang akan kamu lakukan untuk mencapai harapan / expektasi itu? Selepas perkongsian, peserta dibawa untuk menyerahkan harapan mereka bagi sepanjang satu minggu YPL yang dipimpin oleh Philippa Philip, graduan dari batch 3 dan disusuli dengan doa penutup pimpinan Sr. Lilian Unsoh.
Selepas doa penutup, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu JUSTICE, LOVE, FAITH dan HOPE. Kumpulan - kumpulan ini dimaklumkan akan tugasan mereka setiap hari secara bergilir - gilir seperti memasak dan membersih kawasan tempat tinggal. Kumpulan - kumpulan ini juga telah diberikan tugasan pertama iaitu membuat "Thank You Card" bagi penyampai - penyampai sesi sepanjang program YPL.
Kumpulan HOPE |
Kumpulan JUSTICE |
Kumpulan FAITH |
Kumpulan LOVE |
No comments:
Post a Comment