12 Mac 2017, Ahad
Hari
Kelima-Youth Leader’s Camp-V 2017 ~ YLC5
TIM DOKUMENTASI YLC-V
Pada hari yang
terakhir ini,seramai 114 orang termasuk Tim Penganjur memulakan pagi mereka
dengan "Body Prayer" doa yang menggunakan seluruh tubuh badan yang dipimpin oleh Saudari Regina Jane Hugo dan
Angelic Del Rosario.
Selepas doa
pagi, peserta diajak untuk merenung dan berbincang berdasarkan kepada soalan yang diajukan oleh Puan Esther Albert. Ini merupakan persiapan peribadi bagi mereka sebelum mereka diutus.
(Berjalan
secara berpasangan menuju ke pintu masuk Gereja Katedral St.Mary Sandakan)
(Pemimpin muda melafazkan Ikrar
Mereka)
"Ini aku, Utuslah Tuhan" adalah lagu yang dinyanyikan oleh peserta YLC-5 di hadapan semua umat yang hadir pada misa kudus tersebut. Para pemimpin muda
mengangkat ikrar janji sebagai pemimpin belia dalam Misa Pengutusan
dengan memegang lilin sebagai simbol menjadi cahaya Kristus kepada dunia.
Misa pengutusan yang diselebrankan oleh
Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom, menyatakan bahawa para pemimpin yang hadir
pada hari ini telah dipanggil oleh Yesus untuk menjadi seorang pemimpin yang baik walau dimanapun berada. Pemimpin
belia yang menyertai program ini diharapkan dapat terus berdoa dan mempunyai semangat yang sungguh - sungguh agar
dapat memberi inspirasi kepada mereka yang masih kurang pengetahuan mengenai iman serta dapat
bangun bersama-sama melayani gereja mereka di paroki masing-masing.
(Nyanyian Puji-pujian selepas
dari Misa Pengutusan para pemimpin Belia YLC-5 Keuskupan Sandakan.)
Selepas misa kudus, peserta kembali ke dewan untuk sesi evaluasi dan perkongsian. YLC V yang dijalankan selama 5 hari berakhir dengan doa kesyukuran. Semoga semua yang menghadiri program ini akan dapat mengalami pengalaman yang baik dan pembelajaran yang boleh dibawa kembali ke paroki masing - masing. Jumpa lagi di YLC kali ke 6 pada tahun 2018!
(Selepas Misa Pengutusan Pemimpin Belia Ylc-5)
(Gambar
Pemimpin Belia YLC-5 dan Tim Penganjur YLC-5)
No comments:
Post a Comment