Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 17, 2017

Hari Keempat - Youth Leader’s Camp - V 2017

11 Mac 2017,Sabtu
Hari Keempat-Youth Leader’s Camp-V 2017 ~ YLC5

TIM DOKUMENTASI YLC-V


Misa kudus harian bagi program YLC5 hari keempat telah diselebrankan oleh Rev Fr Christopher Irenus dan paroki yang bertugas adalah Paroki Holy Trinity, Tawau. 

Movie "Moana" yang telah memberi inspirasi kepada penganjuran YLC pada tahun telah di sentuh dalam homili Rev Fr Christopher. 

Movie tersebut banyak mengandungi unsur-unsur positif serta nilai-nilai yang boleh diaplikasikan di dalam kehidupan sebagai seorang yang melayani. Adalah sangat penting untuk mengenali asal - usul dan keperibadian kita. Rev Fr Christopher mengajak semua pemimpin belia YLC-5 untuk keluar daripada zon selesa (Zon kebiasaan) mereka dan bersedia menghadapi cabaran yang mendatang kerana pemimpin muda diperlukan dan belia adalah masa depan gereja.

(Nyanyian Puji-pujian yang dipimpin oleh Belia dari Paroki Holy Trinity,Tawau.)

(Sesi 6 The World yang disampaikan oleh Brother Dennis Patrick)

Dalam sesi ini banyak perkongsian yang disampaikan oleh saudara Dennis yang telah membuka minda para pemimpin belia YLC-5. Beliau mengongsikan walaupun banyak cabaran yang dihadapi di dunia  tetapi hidup itu tetap ada indahnya. Dalam dunia pada masa kini, apabila kita melihat pada media sosial, semuanya memperkatakan segala sesuatu dan segala sesuatu itu merujuk lebih kepada perkara negatif yang boleh menyebabkan mempengaruhi diri dan iman kita. 

Dikesempatan ini saudara Dennis telah mempertontonkan satu video yang menyentuh hati dan membawa semua yang hadir untuk menghargai segala sesuatu yang ada didunia. Selepas itu pemimpin belia di dijemput untuk menghargai sesama kawan dalam satu aktiviti.


Pemimpin belia akan  mengeskpress diri mereka agar dapat membantu  dan menghargai orang lain di dalam dunia ini. Tidak akan ada orang yang betul-betul berjaya dalam hidup dia dengan menghancurkan orang lain.

(Sebuah Game "Thunder,Storm,Tsunami")

Melalui game ini saudara Dennis mengaplikasikan pengajarannya dalam realiti kehidupan. Dalam dunia kita sekarang ini ada banyak tsunami, gurun dan ribut petir yang mengancam kehidupan kita dan yang cuba untuk menjatuhkan iman kita, dan yang cuba untuk menanggalkan identiti kita sebenar sebagai seorang katolik. Dunia pada masa kini, banyak mengajar kita untuk berkobar-berkobar menjadi pemenang dan senantiasa mengikuti arus apa yang dunia katakan kepada kita.



Di dalam pelayanan belia, kita seringkali mengatakan banyak cabaran-cabaran sebagai menjadi seorang belia. Salah satu cabaran belia adalah generasi yang “hyper-connected” dimana generasi yang keterlaluan dan terikat dalam zaman teknologi ini. Kita mempunyai pelbagai budaya  tetapi sekarang budaya kita telah didominasikan oleh teknologi. Apa sahaja  teknologi bawa  pada masa kini itu menjadi budaya kita contohnya terikat kepada social website merupakan satu budaya baru di kalangan kita. "Secondarytasy" adalah sesuatu yang menjauhkan kita daripada iman. Contohnya, belia terutamanya yang tinggal dan membesar di bandar sudah semakin lama tertutup dengan kehidupan iman. Dalam erti kata lain mereka telah membina sebuah dunia tanpa kehadiran Tuhan. Selain itu, banyak aktiviti-aktiviti sekarang yang bertopengkan atas nama gereja tetapi tidak mempunyai kerohanian di dalamnya. Jadi inilah yang terjadi dalam dunia kita pada masa kini dimana pemikiran yang menjauhkan kehidupan dari iman kita sendiri. Selain itu, penyakit mengenai internet juga merupakan cabaran pada masa kini walaupun kurang diperkatakan tetapi sangat nyata di kehidupan moden ini.

(Perkongsian kumpulan)


Program YLC-5 hari yang keempat diteruskan dengan empat sesi secara berbengkel. Berikut merupakan bengkel - bengkel yang disajikan kepada pemimpin belia:

Bengkel 1: ”Deepen my faith: The Church is One, Holy, Catholic and Apostolic" yang disampaikan oleh Rev Fr Stanley William. Melalui bengkel ini, para belia dikongsikan dengan kepentingan untuk mengetahui ajaran Gereja. Dengan fahaman yang ada belia dapat meneruskan legasi Yesus di dunia ini.

Bengkel 2: "I Am Chosen" yang disampaikan oleh Rev Fr Christopher. Dalam sesi ini, terdapat banyak perkara yang sangat berkait dengan filem animasi ”Moana” yang menjadi sumber inspirasi YLC-5. Dalam bengkel ini pemimpin belia dibawa lebih mendalam dalam panggilan mereka tidak kira panggilan religus, kepaderian, pelayanan mahupun pekerjaan. Melakukan misi Tuhan sebagai mungkin. 

Bengkel 3: “Bonda Maria; Learn from her how to trust the Lord in everything we do” yang di sampaikan oleh Sr. Lilian Unsoh  yang membawa semua pemimpin belia yang hadir untuk belajar mempercayai Tuhan tanpa ragu seperti yang dilakukan oleh Bonda Maria.

Bengkel 4: “Leadership Lesson” yang disampaikan oleh saudara Dennis Patrick dimana sesi ini amatlah penting bagi seorang pemimpin belia untuk mengetahui serta memperbaiki skill mereka dalam pelayanan mereka di gereja sebagai seorang pemimpin belia.

(Sesi 7”My(Our)Mission(Parish Group Sharing))

My (Our) Mission merupakan dikendalikan oleh saudari Anna Teresa Peter Amandus yang mengajak semua para pemimpin belia YLC-5 berkumpul mengikut paroki mereka masing-masing dan merenung serta berbincang selepas melalui empat hari YLC ini, apakah satu tindakan konkrit yang mereka boleh lakukan apabila mereka balik ke paroki masing - masing. Sesi diteruskan dengan mendoakan sesama paroki memohon bantuan dan bimbingan Tuhan dalam perancangan dan pelayanan mereka sebagai Tim Kerasulan Belia Paroki.

                                                           (Special dinner and celebration)

Makan malam istimewa mengisi slot makan malam pada malam YLC v. Meja makan malam yang disusun berbentuk YLC yang dihiasi dengan nyalaan lilin membuatkan peserta berasa begitu istimewa pada malam itu. Selain menikmati makan malam yang istimewa, peserta juga diberi peluang untuk berkongsi cerita diantara satu dengan yang lain bukan sekadar membuatkan mereka merasa istimewa malahan mengeratkan hubungan di kalangan pemimpin muda ini. Malam hari kempat diakhiri dengan persembahan khas dari setiap kumpulan serta penganugerahan beberapa hadiah kepada mereka yang memenangi anugerah -anugerah yang dicalonkan.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent