Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 18, 2017

REKOLEKSI SINGKAT PELAYAN ALTAR GEREJA HOLY TRINITY TAWAU.

Oleh: Julita Kantod

Tawau – Seramai 33 ahli baru dan lama Pelayan Altar mengambil bahagian dalam rekoleksi   singkat pada 8 Mac 2017. Rekoleksi ini telah diadakan di Bilik Bawah Gereja Holy Trinity yang dikendalikan oleh kedua-dua seminarian Raymond Lee dan Arthur John.
Program bermula dengan pendaftaran pada jam 8.30 pagi diikuti dengan doa pembukaan yang diketuai oleh seminarian Arthur. Rekoleksi ini diadakan khas untuk Pelayan Altar yang berumur antara 12 hingga 15 tahun dan telah menerima Sakramen Komuni Kudus.
Tujuan rekoleksi ini, adalah untuk memberi pengetahuan dan pemahaman tentang keistimewaan dan tanggungjawab sebagai Pelayan Altar.
Seminarian Arthur dalam sesi beliau, menerangkan tentang ‘Pelayan Altar dan keistimewaan Melayani’ serta ‘Tanggungjawab saya sebagai Pelayan Altar’.

Sesi seterusnya telah disampaikan oleh seminarian Raymond Lee yang menyentuh beberapa perkara iaitu ‘Siapakah aku sebagai Pelayan Altar?’, ‘Saya di sini untuk berkhidmat’, ‘Bila sepatutnya saya Berkhidmat?’, dan ‘Bagaimana saya berkhidmat?’. Seminarian Raymond menjelaskan sikap sebagai seorang pelayan Altar yang mana seseorang itu haruslah merendah diri, patuh kepada arahan, berdisiplin, mempunyai keinginan yang mendalam untuk memahami lebih lanjut mengenai Pelayanannya, bertanggungjawab dan proaktif.

Semua peserta memberikan perhatian penuh kepada input yang disampaikan oleh Seminarian Raymond.


Sesi berikutnya ialah Penerangan dan penjelasan tentang peralatan yang digunakan semasa perayaan Ekaristi. Melalui sesi ini, seminarian Arthur membawa semua peserta ke bilik Sacristy untuk menunjukkan peralatan yang digunakan semasa Komuni Ekaristi. Rekoleksi diteruskan dengan mesyuarat dan pemilihan Ahli Jawatankuasa baru Altar Pelayan dan diakhiri oleh Sesi Raptai sambutan Minggu Suci dan perayaan Paskah.


Program rekoleksi ini berakhir pada jam 3 petang.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent