Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 15, 2017

Hari Ketiga -Youth Leader’s Camp - V 2017

10 Mac 2017,Jumaat
Hari Ketiga-Youth Leader’s Camp-V 2017 ~ YLC5

TIM DOKUMENTASI YLC-V


Program YLC 5 hari ketiga dimulakan dengan Misa Kudus yang telah diselebrankan oleh Rev Fr Simon Kontou dan Rev Fr Roney Mailap. Petugas pada misa kali ini adalah dari para belia Proki St Dominic, Lahad Datu.

Dalam homili Rev Fr Simon Kontou, beliau terus menyeru kepada para pemimpin belia agar senantiasa berdoa dan percaya kepada Tuhan Yesus.

(Time of life yang dikendalikan oleh belia paroki St Dominic,Lahad Datu)

(Sesi 4”Jesus’ Genealogy(Matthew 1:1-17))

Rev Fr Simon Kontou di permulaan sesinya menegaskan kepada para pemimpin belia akan mesej Pope Francis untuk selalu membaca alkitab. Mesej ini amat penting bagi semua belia pada masa kini yang kurang menitik beratkan tentang penggunaan alkitab. 

”Gunakanlah alkitab kamu, seperti kamu menggunakan telefon bimbit kamu..!”.

Dalam sesi ini Fr. Simon menjelaskan akan salasilah keluarga Yesus berdasarkan Matius 1: 1-25.

                         (Antara aktiviti iaitu melukis’Genealogy” (Salsilah Keluarga)mereka sendiri)

Sesi diteruskan diamana Rev Fr Simon kontou  mengatakan bahawa Tuhan adalah sumber kehidupan kita serta menyeru kepada para pemimpin belia YLC-5 agar menghargai kehidupan mereka di dunia ini yang telah diberikan oleh Tuhan Yesus itu sendiri kerana kewujudan diri mereka dalam dunia ini mempunyai  tujuan sendiri. Untuk mengetahui tujuan hidup kita di dunia ini kita perlu kembali kepada Yesus, cari Yesus ,dengarkan Yesus, fahami Yesus, terokai Yesus barulah kamu akan mengetahui tujuan hidup dan menjadi seorang pemimpin yang baik. Selain itu, Tuhan mencipta kita di dunia ini dengan mempunyai pelbagai keunikan dan keistimewaan sendiri dan kehadiran kita dalam dunia adalah bukan satu kesilapan. Dalam pelayanan tidak semua jalanya lurus banyak cabaran yang dihadapi tetapi itulah beban yang manis sebagai seorang pengikut Yesus.

                                                      (Perkongsian dari peserta YLC-5)

(Team Building 2)

Program YLC 5 di ahri ketiga diteruskan dengan aktiviti Team building 2. Team building kali ini memerlukan mereka bekerjasama sebagai satu paroki. Terdapat dua tugasan yang perlu mereka laksanakan. 1. Mengambil satu babak dari movie "Moana", lakonkan semula dan ambil gambar.  dan 2. Mereka perlu fikirkan cara untuk mengekpresskan "mesin rosak" yang diberikan menggunakan seluruh tubuh badan mereka.

(Perkongsiaan oleh Peserta YLC-5)

Selepas team building dijalankan, para peserta YLC-5 telah mengongsikan apa perasaan mereka ketika itu dan mengongsikan apa yang mereka perolehi  semasa melaksankan tugasan yang telah diberikan.

Selepas sahaja sesi perkongsiaan,semua peserta YLC-5 berarak ke Katedral St Mary untuk mengikuti jalan salib.

YLC V hari ketiga diakhiri dengan Adorasi yang dipimpin oleh Fr. Stanley William.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent