Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 17, 2017

Post Mortem and Thanksgiving - Youth Leader’s Camp - V 2017

19-20 Mac 2017, Ahad-Isnin
Post Mortem and Thanksgiving-Youth Leader’s Camp-V 2017 ~ YLC5

TIM DOKUMENTASI YLC-V

(Tim Pelaksana “Youth Leader’s Camp-5 2017”)

SANDAKAN - Pada 19 sehingga 20 Mac 2017 para penganjur YLC V telah mengadakan post mortem dan kesyukuran bertempat di lobi bangunan Pastoral Keuskupan. Program dimulakan dengan doa iaitu Lectio Divina yang dipimpin oleh Saudari Philippa Philip.

(Makan Tenghari bersama Tim Pelaksana YLC-5)


(Port mortem bahagian pertama)

Selepas makan tengahari, post mortem diteruskan dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Saudari Anna Teresa dan disusuli dengan evaluasi diri sendiri dan evaluasi tentang tim pelaksana. Satu borang khas evaluasi telah diagih - agihkan dikalangan penganjur dan diisi dengan keadaan berdoa. Selepas mengisi borang evaluasi setiap tim penganjur di beri peluang untyk berkongsi. Sesi evaluasi ini sangat penting agar tim penganjur dapat melihat keberkesanan penganjuran, program dan dapat mengetahui bahagian - bahagian yang perlu di perbaiki di penganjuran akan datang.

Sesi evaluasi ini berakhir pada jam 6.15 petang. Acara diteruskan dengan makan malam kesyukuran bagi meraihkan kejayaan program YLC-5 . 

(Makan malam kesyukuran bersama oleh Tim Pelaksana YLC-5)

Post mortem bahagian dua diteruskan di hari kedua di bilik mesyuarat belia keuskupan pada jam7:30. Program telah dimulakan dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh saudara Smith Bonie. Post Mortem kali ini lebih membincangkan tentang evaluasi tim pelayanan masing-masing dan mereka akan mengongsikan pengalaman mereka melayani secara tim. Sepanjang penganjuran mereka dapat merasakan kejayaan, mencabar, ada kekurangan dan mencadangkan perkara yang perlu diperbaiki. Post mortem pada itu diakhiri pemberian 'gift' sebagai tanda penghargaan diatas komitmen mereka dan disusuli dengan doa penutup yang dipimpin oleh Saudara Justine Markus.

(Port mortem bahagian kedua)

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent