Oleh : Sandra Smirna ak Sait
Sempena Hari Belia sedunia
2017, Kerasulan Belia Paroki Tawau (KBP) di bawah kendalian Tim Youth Monthly
Gathering (YMG) turut tidak ketinggalan merayakan Hari Belia sedunia.
Sambutan Hari Belia peringkat
Paroki Tawau ini dimulakan dengan menjemput para belia berdoa Taize pada 8
April 2017 di Dewan Katekatikal dan diikuti dengan program Tawau Youth Day pada
9 April 2017 di Dewan Gereja Holy Trinity dengan bertemakan petikan injil “kerana yang Mahakuasa telah melakukan
perbuatan-perbuatan besar kepadaku dan namaNya adalah kudus”, Lukas 1:49.
Tema ini juga merupakan tema bagi Hari Belia Sedunia yang diumumkan oleh Bapa
Suci Fransiskus baru-baru ini. Objektif Tawau Youth Day ini adalah untuk
menyatukan semua para belia dari pelbagai lapisan kaum dan budaya di paroki
Tawau serta memupuk ikatan yang kukuh melalui pelbagai aktivity kerohanian
dengan berinsipirasikan pada mesej Bapa Suci Fransiskus di Hari Belia Sedunia
2017.
Tawau Youth Day dimulakan
dengan Misa Kudus sempena Minggu Palma. Ianya juga merupakan hari Pengutusan
bagi Tim Kerasulan Belia Paroki Tawau (KBP) bagi sesi 2017-2019. Seramai 120
orang belia katolik telah menghadiri program tersebut.
Turut hadir memeriahkan
lagi sambutan Tawau Youth Day ini adalah Sr. Julita Joseph, Seminarian Arthur
John, Sdra. Mario Domingo dan isteri beliau Sdri. Julita Kantod dari Pelayanan
Hidup Keluarga, Sdri. Magrina Kiob dan kehadiran bekas ahli-ahli Tim KBP yang
lama.
Program ini dimulakan dengan
nyanyian pujian dan penyembahan serta diikuti dengan makan tengah hari yang
disediakan oleh Tim Kebajikan dan Sosial, KBP. Antara lain pengisian program
kali ini adalah persembahan Musikal Drama yang diketuai oleh saudara Matthew
Dian.
Persembahan ini dilakonkan
oleh para belia daripada komuniti besar di paroki Tawau yang memaparkan tentang
cabaran kehidupan para belia dewasa ini. Ianya dibahagikan kepada tiga fasa
kehidupan para belia iaitu ;
- fasa kehidupan awal remaja
- fasa semasa alam persekolahan dalam peringkat tinggi ( universiti/kolej)
- dan akhir sekali adalah fasa perkerjaan dan alam perkahwinan.
Persembahan ini juga turut
mengetengahkan bakat-bakat baru para belia dari segi tarian, nyanyian , lakonan
serta dalam bidang musik. Persembahan Drama ini diakhiri dengan satu persoalan
dimana dalam aktiviti Youth Got Talent – kesudahan cerita tersebut akan
dilakonkan.
Xavier Chin seorang ahli
dalam komiti Tim Kerasulan Belia Paroki telah menyampaikan satu ceramah mengenai
cabaran-cabaran para belia masa kini dan kupasan ringkas mengenai musikal drama
yang dipersembahkan oleh para belia di awal program.
Seminarian Raymond Lee
turut dijemput untuk menyampaikan Pesanan Bapa Suci Fransiskus buat para belia iaitu menjadikan
Bonda Maria sebagai ikon belia dan menyeru para belia untuk menggunakan “Magnificant”
atau kidung pujian Bonda Maria sebagai model doa. Dalam ceramah beliau juga, ia
mengingatkan para belia untuk meneladani iman Bonda Maria yang hidup secara
“ekaristi”, iaitu belajar bagaimana bersyukur, memuji dan tidak putus asa
walaupun menghadapi masalah dan kesulitan dalam hidup.
Aktiviti di teruskan lagi
dengan pertandingan Youth Got Talent yang diadili oleh Mario Domingo, Magrina
Kiob dan Julita Kantod. Dalam sesi ini, para belia diminta mengakhiri
kesinambungan persembahan musikal drama yang tergantung serta menyelesaikan
isu-isu yang terdapat dalam drama tersebut melalui lakonan secara spontan
dengan berinspirasikan mesej-mesej Bapa Suci Fransiskus di hari Belia Sedunia
2017. Lakonan para belia ini juga turut dimuat naik secara langsung di laman
sosial Facebook rasmi Tawau Parish Youth Apostolate. Hadiah menarik juga turut
disediakan bagi para pemenang Youth Got Talent.
Seterusnya adalah sesi
dialog antara para belia. Dimana dalam sesi ini para belia berkongsi idea dan
pendapat tentang isu-isu yang kerap berlaku dan cara mengatasinya. Msrg
Nicholas Ong turut tidak ketinggalan memberi sokongan kepada para belia. Program
ini diakhiri dengan nyanyian lagu pengutusan untuk Tim Kerasulan Belia Paroki
Tawau (KBP) “Inilah Aku Utuslah Tuhan” sebelum doa penutupan oleh seminarian
Arthur John.
Sambutan Tawau Youth Day
ini berakhir pada jam 4.30 petang dengan aktivity bergambar bersama Msrg
Nicholas Ong di perkarangan Dewan Gereja Holy Trinity.
No comments:
Post a Comment