9 Mac 2017,Khamis
Hari
Kedua-Youth Leader’s Camp-V 2017 ~ YLC5
TIM DOKUMENTASI YLC-V
Pada hari kedua YLC 5 telah dimulakan dengan misa harian yang
diselebrankan oleh Rev Fr. Roney Mailap serta Rev Fr Simon Kontou dan paroki yang
bertugas pada waktu itu adalah Paroki Our Lady Of Fatima, Beluran dan St.Martin, Telupid.
Dalam homili Fr. Roney menjelaskan bahawa "Doa itu adalah anugerah terindah" dan menyeru agar semua belia senantiasa berdoa kepadaNya dan cuba mengenaliNya dengan sesungguhnya. Beliau juga menyatakan bahawa Kristus adalah sumber dalam pelayanan kita walau dimanapun kita berada sebagai seorang pemimpin belia.

(Nyanyian Puji-pujian dan “ice breaking” yang di kendalikan
oleh paroki Beluran)
(Sesi 1”Who am I” yang disampaikan oleh Rev Fr Roney Mailap)
Dalam sesinya, Fr. Roney mengongsikan bahawa semua
manusia adalah sama dan mempunyai keunikan tersendiri.“Siapakah
saya?”soalan yang sangat penting dan menjadi dasar iaitu menjadi dasar
kehidupan kita dan menjadi dasar kepada
pelayanan kita.
Amat sukar bagi kita jika kita tidak mengenalpasti identiti diri sendiri dan ini akan menyukarkan kita meneruskan pelayanan sebagai seorang pemimpin belia. Kita memerlukan bantuan orang lain dan keadaan sekeliling untuk menyumbang menuju kepada pembentukan identiti diri kita. Ianya tidak benar jika kita mengatakan bahawa ”This My Life, My Own". Memang benar kita mempunyai kehidupan sendiri tetapi tanpa orang lain ianya bukan identiti. Selain itu, dalam gereja kita perlu hidup dalam komuniti dan KKD. Bukan sahaja dalam KKD tetapi juga dalam Tim pelayanan kita. Oleh itu,” This My Life, My Own”atau”Me and My God”adalah tidak benar. Sekiranya kita memahami ajaran gereja kita selalu difahamkan bahawa Tuhan ialah ”Tuhan dan Kami” atau”Tuhan dan komuniti” kerana Tuhan tidak pernah memanggil kita seorang diri tetapi Tuhan memanggil kita dalam Komuniti. Oleh itu, untuk mengenal identiti diri kita itu kita perlukan orang lain.

Antara aktiviti dari sesi 1 ”who am I” iaitu tayangan video
singkat mengenai seekor anjing dan seorang budak kecil, sesi
perkongsian, mengambil gamber serta melukis wajah kawan mereka.
(Sesi 2”The Calling” yang turut disampaikan oleh Fr. Roney Mailap)
Dalam sesi kedua Rev Fr Roney Mailap menyatakankan bahawa dalam mengenal identiti diri, kita perlu mengetahui satu bahagian hidup
lagi iaitu Tuhan mahu memanggil kita. Fr. Roney. menyatakan bawa beliau sangat
tertarik dengan mesej yang disampaikan oleh Bapa Uskup Julius sempena YLC-5 ini
iaitu “You are Chosen, for a reason”. Kita semua dipilih kerana tujuan. Kita
tidak hidup di dunia hanya ”Goyang Kaki” tetapi kita dipanggil kerana ada tujuan.
Rev Fr Roney Mailap seterusnya mempertontonkan sebuah movie mengenai kehidupan panggilan Pope John Paul II. Movie ini yang mengisahkan panggilan hidupnya yang telah mempengaruhi seluruh kehidupanya. Kehidupan dan pelayanannya bukan hanya kepada belia tetapi juga pada dunia secara umum khasnya di Poland, dimana tempat Pope John Paul dilahirkan dan dibesarkan. Tuhan memanggil dia di dalam kehidupannya melalui pelbagai situasi. Maka panggilan kita ini tidak hanya berakhir dengan panggilan yang pertama. Ia merupakan panggilan yang mempunyai kesinambungan dalam diri kita bila kita suda mengenali diri kita sendiri maka Tuhan ingin memanggil kita.

“Jangan jadikan pelayanan itu sebagai penganti doa
hidup kamu, maka oleh itu kita mesti ambil masa bukan cari masa untuk
Tuhan.”Pelayanan itu adalah hasil ungkapan pelayanan kita untuk Yesus
dan Melayani kerana Tuhan bukan kerana peribadi sendiri.
(Team Building 1 - Outrages game)
Disebelah petang, aktiviti team
building yang pertama dimulakan dengan sedikit taklimat yang disampaikan oleh saudara
Roynner Patrick. Meskipun cuaca kurang menyebelahi kerana hujan namun semua halangan dapat diharungi.
Dalam cabaran ini peserta perlu melalui beberapa stesen cabaran yang berbentuk aktiviti secara berkumpulan. Kerjasama merupakan perkara yang utama yang diperlukan untuk melimpasi cabaran - cabran ini. Team Building ini mengajar pemimpin muda bahawa hasil bukanlah sesuatu yang penting malahan proses yang dialami adalah lebih penting kerana ia akan membantu kematangan seseorang individu itu secara peribadi dan secara berpasukan.

Sesi proses and sintesis menyusul sejurus selepas aktiviti team building. Setiap kumpulan berkongsi berkenaan pengalaman yang dialami dan melihat secara nyata bahawa pelayanan secara berpasukan sangat penting. Melalui proses ini juga peserta belajar untuk lebih terbuka, menghormati dan berpatisipasi secara seorang individu di dalam satu pasukan.
Berjalan sebagai satu tim amat mencabar, apatah lagi masing - masing menpunyai keperibadian yang berlainan. Namun keterbukaan untuk menerima segala kekuatan dan kelemahan ahli tim pasti serta mendengar diantara satu dengan yang lain pasti menghasilkan buah pelayanan secara berpasukan yang baik.
(Perkongsian dari Para Pemimpin belia)
(Sesi 3”Listen to the voice within” yang disampaikan oleh Rev Fr Sunny Chung)
"Listen to the voice within" merupakan sesi seterusnya yang telah disampaikan oleh Fr. Sunny. Dalam sesinya, beliau membawa para pemimpin belia untuk melihat lebih dalam mengenai panggilan sebagai
pemimpin belia. Satu tayangan telah dipertontonkan kepada mereka dan diikuti dengan kisah panggilan peribadi Fr. Sunny sendiri.
"Yohanes 15:16 ”Kamu tidak memilih aku,tetapi akulah yang memilih kamu.”, disini kita melihat bagaimana Tuhan memanggil kita dikalangan ramai orang. Seringkali kita bertanya “kenapa saya dan bukan dia?”itu kerana Dia terlebih dahulu memilih kamu. Begitu juga dengan para pemimpin belia YLC-5 kerana mereka menyahut dan merespon kepada panggilan Tuhan maka dengan itu mereka berada disini pada saat ini." - Rev. Fr. Sunny Chung
Jadi terdapat dua perkara penting yang perlu di ambil perhatian yang pertama Tuhan memanggil dan yang kedua respon kepada panggilan itu. Tanpa menyahut panggilan Tuhan itu maka karya Tuhan tidak akan berlaku di gerejaNya dan dalam pelayanan sebagai seorang pelayan belia. Maka segala sesuatu itu bermula dari Tuhan kerana Dia lebih mengenali keperibadian setiap insan yang dipanggilNya dan melihat pontensi dalam diri kita dan Dia melihat apa yang kita mampu lakukan melalui kuasa Roh KudusNya.
Namun semua itu tidak akan terjadi tanpa kita mengatakan "YA" dalam panggilanNya. Maka dengan itu sahutlah agar mampu menghasilkan buah yang banyak dan agar cinta kasihNya dapat dirasai. Tuhan memilih kita untuk menghasilkan buah yang baik dalam pelayanan. Sungguh pelayanan yang sebenar akan melibatkan banyak pengorbanan dan selalunya bukan untuk diri sendiri tetapi untuk orang lain. Namun jangan takut kerana Tuhan sentiasa memimpin mereka yang dipanggilNya. Fr. Sunny juga menyeru kepada mereka yang hadir untuk tidak takut bersuara sebagai seorang pemimpin dan dengarkan kata hati sebagai seorang pemimpin dalam pelayanan gereja. Panggilan itu dari Tuhan dan dengarlah kata hati sendiri. Tetapi jika tidak yakin dengan panggilan itu, berdoalah.

(Doa Taize yang dipimpin oleh paroki
Telupid)
Doa Taize dan sesi perdamaian menjadi penutup bagi program YLC 5 hari kedua.
No comments:
Post a Comment