8 Mac 2017, Rabu
Hari
Pertama-Youth Leader’s Camp-V 2017 ~ YLC5
TIM DOKUMENTASI YLC-V
Sandakan - “....I am
Catholic, I am alive, I am the Gospel ,I am alive......” telah dinyanyikan sebagai lagu pembukaan dalam misa pembukaan
sempena Kem Kepimpinan Belia ke-5 peringkat Keuskupan Sandakan. Misa ini telah diselebrankan oleh
Rev Fr Sunny Chung bersama Rev Fr Roney Mailap di Katedral
St. Mary, Sandakan.
Seramai kira 114 orang pemimpin belia dan belia yang berpotensi menjadi pemimpin telah berkampung bermula pada hari 8 Mac 2017 sehingga 12 Mac 2017.
Program yang dianjurkan oleh Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan ini bertujuan agar pemimpin belia dapat mengalami perubahan hati yang paling dalam dan menjadikan Yesus sebagai yang terutama di dalam hidup mereka. Selain itu kem ini juga mengajak pemimpin belia untuk menghidupi dan mengongsikan cinta kasih Yesus kepada belia yang lain serta memperkukuhkan dan membina hubungan persahabatan diantara pemimpin-pemimpin belia di kelima-lima paroki termasuk Misi Paitan.
”He who is mighty has done great things for me and holy is His name” merupakan tema bagi kem kepimpinan kali ini (YLC-5) yang diambil dari tema hari Belia Sedunia yang ke 32 bagi tahun 2017.

(Misa Pembukaan Hari Pertama
Kem Kepimpinan Belia Yang Ke-5)
Dalam homili yang telah disampaikan oleh Rev
Fr Sunny Chung, beliau telah menyatakan kepada pemimpin belia ke-5 bahawa
kedatangan mereka bukan satu kebetulan tetapi kedatangan mereka adalah dengan
tujuan. Para belia sudah dipanggil untuk menjadi pemimpin belia pada masa
sekarang dan kedatangan mereka disini adalah untuk lebih mengukuhkan lagi
keyakinan diri dan mengukuhkan lagi kesungguhan bahawa Tuhan benar-benar
memanggil mereka untuk menjadi seorang pemimpin belia. Fr. Sunny juga mengingatkan kepada para belia yang hadir bahawa pembentukan iman itu adalah berterusan dan tidak berakhir dalam program ini.
Ada dikalangan belia yang sudah beberapa kali mengikuti YLC dan ada yang pertama kali mengikutinya. Namun realiti sebenarnya adalah apabila program YLC 5 ini berakhir dan mereka kembali ke paroki masing-masing sebagai seorang pemimpin.
Sering kali berlaku apabila ada kem seperti ini ataupun seminar, tidak ada kesinambungan dan hanya berakhir apabila program berakhir. Ternyata apa yang diperolehi dalam kem atau seminar tidak ada dalam kehidupan mereka ataupun apa yang mereka pelajari tidak dikongsikan dengan belia-belia lain.
Sekali lagi para pemimpin belia yang hadir diingatkan agar tidak membiarkan perkara sebegini berlaku kerana pemimpin belia adalah masa depan gereja. Fr. Sunny juga mengajak para belia untuk merenung akan panggilan Tuhan dan menjemput dalam memperbaharui komitmen di dalam pelayanan dan juga komitmen dengan Tuhan terutama sekali dimusim pra paska ini.
Semua yang hadir diingatkan untuk lebih berdoa, melakukan amal serta mengamalkan puasa. Di kesempatan ini juga kita juga melihat bagaimana Tuhan berkarya dalam kehidupan kerana segala sesuatu yang telah diberikan Yesus sudah cukup menyatakan bahawa Dia telah mengasihi kita dan memanggil kita untuk membawa cinta kasih ini kepada yang lain sebagai pemimpin-pemimpin belia pada masa kini.

Nyanyian puji-pujian oleh semua peserta kem Kepimpinan Ke-5
2017 dan diikuti dengan ucapan kata
alu-aluan daripada Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom dan Pilis Malim selaku Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Sandakan. Program diteruskan dengan tayangan movie “MOANA” yang diambil
sebagai inspirasi bagi penganjuran YLC-5 kali ini kerana mempunyai pengajaran dan nilai - nilai sebagai seorang pemimpin yang boleh di pelajari.
YLC 5 diakhiri dengan doa malam yang dikendalikan oleh Sr.Lilian Unsoh dengan berdoa sambil menyerahkan harapan mereka bagi sepanjang kem ini di hadapan Bonda Maria.
No comments:
Post a Comment