Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 6, 2017

Seminar Kesedaran Subjek Bible Knowledge SPM

Oleh  Lucy @ Jamini Francis

Sandakan: Seminar Kesedaran subjek Bible Knowledge SPM telah diadakan di Dewan Paroki Katedral St. Mary’s pada 1hb April 2017 (Hari Sabtu jam 7.30 am – 1.30 pm). Lebih kurang 50 peserta yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan guru telah menyertai seminar yang dianjurkan oleh Catholic Teacher’s Guild. Seminar tersebut turut disertai oleh Sr. Martina James, FSIC sebagai tanda sokongan beliau terhadap seminar ini. Objektif utama seminar ini ialah memupuk kesedaran tentang kewujudan serta penerangan mengapa pelajar kristian harus mengambil subjek Bible Knowledge  dalam peperiksaan SPM.
Pendaftaran telah dibuka seawal jam 7.30 am  sehingga jam 9.00 am. Program dimulai dengan nyanyian pujian dan penyembahan yang dikendalikan oleh Cikgu Martha Chia dan dibantu oleh pelajar-pelajar dari SM Konven St.Cecilia dan SM St. Mary.
Doa pembukaan telah dipimpin oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom. Dalam ucapan pembukaan, Bapa Uskup telah menegaskan bahawa subjek Bible Knowledge harus dipertahankan agar ia akan terus kekal di dalam peperiksaan SPM. “Subjek ini  boleh membawa kita semua, khasnya para pelajar untuk sentiasa membaca Alkitab. Bukan itu sahaja, subjek ini juga dapat menambahbaik penguasaan Bahasa Inggeris kita,” demikianlah dalam ucapan beliau.
Sesi pertama yang bertajuk ‘Mengapa pelajar Kristian harus mengambil Subjek Bible Knowledge dalam SPM’ telah dikendalikan oleh Sr. Lilian Unsoh, FSIC. Dalam sesi ini, Sr. Lilian telah mengongsikan serba sedikit pengalamannya. Sesi pertama diakhiri dengan minum pagi sebelum masuk ke sesi seterusnya.
Sesi kedua yang juga dikendalikan oleh Sr. Lilian Unsoh, FSIC di mana beliau menerangkan soalan-soalan tentang  subjek  Bible Knowledge yang berkaitan dengan  peperiksaan SPM. Seterusnya, pada sesi ketiga yang berkaitan dengan sukatan subjek Bible Knowledge telah disampaikan oleh Cikgu Freddy Anak Graman.
Sesi diakhiri dengan sesi soal jawab bagi semua peserta yang ingin mengajukan soalan mengenai subjek tersebut.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent