Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 17, 2017

Suara - suara Pemimpin Belia-Youth Leader’s Camp-V 2017

Suara Pemimpin Belia-Youth Leader’s Camp-V 2017 ~ YLC5
TIM DOKUMENTASI YLC-V

Seramai 114 orang pemimpin belia dari 5 paroki dan misi paitan dari Keuskupan Sandakan telah mengambil bahagian dalam program Kem Kempimpinan Belia yang ke-5 pada 8 -12 Mac 2017 bertempat di Katedral St Mary,Sandakan. Dibawah adalah perkongsian daripada beberapa pemimpin belia yang muda dari setiap paroki berdasarkan soalan yang diberikan iaitu harapan mereka serta cabaran atau halangan mereka untuk mencapai harapan tersebut;


    Vj Jamues, Misi Paitan

Saya Vj Jamues dari St.Yohanes Pembaptis, Paitan dan berumur 19 tahun. Harapan saya dalam YLC-5 ini adalah ialah membawa sesuatu yang saya perolehi dari sini ke kampung saya (Paitan) serta memimpin belia-belia disana. Namun cabaran atau halangan yang saya hadapi sebagai seorang belia ialah merasa gementar bila berbicara di depan ramai orang.

Mickly Jr,Our Lady Of Fatima, Beluran

Saya Mickly dari Gereja St Paul,Ulu Dusun. Harapan saya bila menyertai YLC-5 ini ialah saya dapat mempelajari dan memperkongsikan sesuatu tentang seorang pemimpin belia kepada rakan-rakan saya di paroki terutama sekali kepada guru sekolah minggu. Halangan saya untuk mencapai harapan saya pula ialah saya kurang berkeyakinan dalam memimpin seorang belia ataupun sekumpulan belia untuk ke arah yang lebih baik.

Jenny Peter,Katedral St Mary, Sandakan

Harapan saya dalam YLC-5 ini ialah saya ingin menjadi seorang belia yang dapat membimbing belia lain dan terus melayani dalam pelayanan gereja. Halangan atau cabaran bagi diri saya sebagai seorang belia yang muda ialah diri saya sendiri iaitu ketakutan diri dimana dengan ketakutan itu kita tidak dapat meneruskan pelayanan kita.

Maria Merry Magdalena Petrus,Holy Trinity,Tawau

Harapan saya yang paling besar dalam YLC-5 ini ialah membawa balik ilmu yang saya dapat sepanjang kem ini ke paroki saya sendiri dan meneruskan misi Yesus iaitu menjadi ”Jambatan” bagi belia-belia yang di luar sana. Halangan saya yang paling besar itu bermula daripada diri saya sendiri sama ada saya mampu mengatasi sesuatu perkara atau tidak.

Mike Robertson Maurice,St Dominic, Lahad Datu

Harapan saya dalam kem ini ialah saya ingin belajar tentang kepimpinan belia sebab saya ingin menjadi seorang belia yang mempunyai kempimpinan yang tinggi dan berkeyakinan di kalangan ramai orang. Saya masih seorang pelajar dan sekarang saya tingkatan 6 jadi halangan saya adalah dari segi masa yang terhad dan yang paling mencabar bagi saya ialah meminta kebenaran daripada ibu bapa saya untuk menyertai kem seperti ini kerana bapa saya seorang yang tegas dalam pelajaran. Tetapi saya ingin terus melayani sebab saya tidak ingin menjadi kaya tetapi saya ingin menjadi seorang yang beriman apabila dewasa kelak.

Valentine Tony,St Martin,Telupid

Harapan saya sebenarnya saya datang pada YLC 5 ini , saya bawa dalam satu doa dan satu pelayanan dan menunggu jawapan dari Tuhan untuk doa saya bagi mendapat kerjaya. Kerjaya yang tetap dimana saya boleh bekerja mencari pendapat dalam masa yang sama saya ingin tetap melayani di gereja. Pelayanan yang saya bawa pada kali ini cukup besar bagi saya dimana ini kali pertama saya memimpin belia-belia dari paroki saya ke YLC-5 ini dan harapan saya paling besar ialah bila saya balik nanti selepas program ini ke paroki saya sendiri, saya ingin belia-belia yang saya pimpin ke kem ini meneruskan pelayanan mereka di paroki kami. Halangan paling besar buat saya setakat ini adalah jarak dimana sekarang saya tidak dapat melayani sepenuh masa di paroki saya dan menyebabkan saya risau bila memikirkan belia-belia atau program yang membimbingi mereka di sana. Saya juga terfikir bila saya mempunyai masa untuk balik ke paroki saya,saya akan mebuat satu program dimana dapat mengumpulkan semua belia di paroki kami. Selain itu dari segi kewangan juga merupakan halangan paling besar bagi saya.

Danielson Cornelius,Katedral St Mary, Sandakan

Harapan saya dalam YLC-5 ini ialah saya berharap agar saya dapat memperolehi sesuatu yang baru begitu juga belia yang lain sebab bagi saya ini adalah satu keperluan bagi seorang pemimpin belia untuk bertumbuh dalam Yesus Kristus. Cabaran bagi saya ialah belia yang pelbagai ragam yang sukar bagi saya untuk mengenal mereka satu persatu.


No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent